Dr Ng Eng Hen hadiri perasmian Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019
Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen pula menghadiri upacara perasmian Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 hari ini (26 Mac).
SINGAPURA: Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen pula menghadiri upacara perasmian Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 hari ini (26 Mac).
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) turut mengambil bahagian dalam pameran itu atas undangan kerajaan Malaysia.
Penyertaan SAF termasuk pameran statik sebuah jet pejuang serta beberapa lagi senjata seperti peluru berpandu yang dilancarkan dari udara.
Ia juga menyertai acara terbang lalu melibatkan Pesawat Pengangkut Berbilang Peranan, A330.
Dr Ng turut bertemu rakan-rakan sejawatannya dari Malaysia dan Indonesia.
Menurut MINDEF, SAF mula mengambil bahagian dalam pameran itu sejak tahun 2001, mencerminkan hubungan pertahanan antara Singapura dengan Malaysia yang sudah terjalin sekian lama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.