Dr Maliki terima anugerah berprestij universiti Amerika bagi pencapaian luar biasa
Anggaran Waktu Membaca:
ILLINOIS: Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman dinobatkan sebagai penerima Anugerah Alumni Antarabangsa Madhuri dan Jagdish N. Sheth 2023 yang berprestij bagi Pencapaian Luar Biasa.
Ia bagi mengiktiraf sumbangan besar Dr Maliki yang juga merupakan Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan, dalam dua bidang tersebut.
Dalam satu kenyataan, Canselor UIUC Profesor Robert J Jones memuji dedikasi Dr Maliki kepada Singapura dan rakyatnya.

Majlis penyampaian anugerah itu diadakan di Universiti Illinois Urbana-Champaign (UIUC) di Amerika Syarikat pada Khamis (18 April).
Anugerah itu yang disampaikan setiap tahun oleh UIUC, memberi penghormatan kepada alumni antarabangsa yang terbilang yang telah membawa kesan yang mendalam kepada masyarakat dan komuniti global.

Ia meliputi pelbagai bidang termasuk pemerintahan, kemanusiaan, sains, seni dan kebajikan manusia.
Dr Maliki merupakan alumni UIUC. Di situlah beliau melanjutkan pengajiannya pada 1998 dan memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kerja sosial.
Setelah itu, beliau menyertai Universiti Nasional Singapura sebagai Penolong Profesor di Jabatan Kerja Sosial dan Psikologi.
Ia juga menjadi permulaan dalam kerjaya yang cemerlang dalam bidang akademik dan perkhidmatan awam.
Dalam catatan Facebook, Dr Maliki berkata beliau berbesar hati dapat menerima anugerah itu dari 'alma mater' beliau.
"Ia adalah sesuatu yang signifikan bagi saya untuk kembali ke sini selepas 25 tahun dengan isteri saya untuk menerima anugerah ini dan menyampaikan Ceramah Alumni Sheth. Sesuatu yang menggembirakan dapat bertemu dengan profesor saya, Profesor Charles Cowger di Universiti Illinois hari ini. Ia merupakan detik nostalgia berjumpa dan mengenang waktu-waktu indah dahulu. Amat menghargai bimbingan beliau waktu saya di sini," kata Dr Maliki.
Lebih manis lagi, anak sulungnya, Lidia Maliki juga dilahirkan di Illinois dan kata Dr Maliki, ini menambah pertalian istimewa beliau dengan tempat itu.
DARI GARIS TEPI KE ARUS PERDANA
Dalam ceramah bertajuk "Dari Garisan Tepi ke Arus Perdana: Pengajaran daripada Kepimpinan sebuah Negeri Kecil", Dr Maliki berkongsi tentang kisah Singapura dan bagaimana para pemimpin negara mengemudi negara ke arah masa depan yang cerah dan membangunkan sebuah identiti negara dengan latar belakang penduduk yang rencam.
"Ramai yang meramalkan bahawa kita tidak akan bertahan sebagai negara baharu. Dengan latar belakang yang tidak menyenangkan itulah para pemimpin pengasas Singapura bekerja keras untuk memastikan kelangsungan negara yang baharu merdeka.
"Namun, walaupun mereka menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah negara baharu yang paling mendesak (seperti perumahan dan mendidik rakyatnya, menyediakan penjagaan kesihatan yang baik, mewujudkan peluang dan pertumbuhan ekonomi, membina pasukan pertahanan dan menyatukan rakyat), apa yang luar biasa ialah keupayaan mereka untuk mengekalkan matlamat pada apa yang Singapura sepatutnya dan boleh (capai)," kata Dr Maliki.

Menurutnya, para pemimpin pengasas telah berjaya membangunkan Singapura sebagai sebuah negara yang maju dan makmur.
Pemerintah Singapura sejak dari awal telah memupuk semangat berbilang budaya, menyatukan warga Singapura daripada pelbagai kaum dan mengukuhkan identiti bersama.
Ini di samping menggubal dasar-dasar penting untuk kemajuan dan pembangunan negara termasuk perumahan, pendidikan, ekonomi dan perhubungan luar.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.