Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Maliki sumbang suara dalam video nyanyian jelang NDP2020

Menteri Kedua Pendidikan merangkap Menteri Kedua Ehwal Luar Dr Maliki Osman, bersama bakat-bakat cilik "Lil' Stars" SAFRA, menyumbang suara dalam video nyanyian 'We Will Get There' menjelang Hari Kebangsaan Singapura yang ke-55.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Maliki sumbang suara dalam video nyanyian jelang NDP2020

Dr Maliki Osman turut serta dalam video nyanyian 'We Will Get There'. (Gambar: Petikan skrin video SAFRA/Facebook)

SINGAPURA: Menteri Kedua Pendidikan merangkap Menteri Kedua Ehwal Luar Dr Maliki Osman, bersama bakat-bakat cilik "Lil' Stars" SAFRA, menyumbang suara dalam video nyanyian 'We Will Get There' menjelang Hari Kebangsaan Singapura yang ke-55.

Dr Maliki berkongsi sentimennya terhadap lagu tersebut dalam catatan di Facebook pada Selasa (4 Ogos): "Lagu ini peringatan yang baik bahawa dari masa ke masa, negara kita terpaksa berjuang mengharungi masa-masa sukar yang kita fikir tidak dapat dilalui.

"Bagaimanapun, selagi kita berdiri teguh, bersama-sama, kita akan menuju ke matlamatnya!"

Dr Maliki pernah berkhidmat selama tujuh tahun sebagai Timbalan Presiden SAFRA dan dua tahun sebagai Presiden persatuan tersebut.

2 PENYANYI CILIK MELAYU TURUT TAMPIL

Dua penyanyi muda Melayu, Syah Riszuan dan Sarah Syazlina turut tampil sebagai antara penyanyi utama lagu tersebut.

(Gambar: Petikan skrin video SAFRA/Facebook)

Syah Riszuan muncul membuat persembahan bagi Perbarisan Hari Kebangsaan 2019 dan pernah menjadi peserta peringkat separuh akhir Asia's Got Talent 2017.

Sarah pula menduduki tempat ketiga bagi peraduan Juara Mic Junior di Suria.

10 PENERIMA HADIAH BAUCAR SAFRA

Seiring itu, SAFRA juga berharap video muzik tersebut dapat meningkatkan semangat penonton.

Persatuan itu juga sedang mencari 10 penerima bagi baucar SAFRA bernilai $50.

"Sedang kita meraikan Hari Kebangsaan bulan ini, berikan ucapan hari lahir untuk Singapura dan orang-orang tersayang.

"Kongsikan di ruangan komen di bawah bagi memberi inspirasi kepada orang lain, dan berpeluang menjadi antara 10 penerima yang mendapat Baucar Ganjaran SAFRA bernilai $50," tulis SAFRA di Facebooknya.

Peraduan itu dibuka kepada semua anggota SAFRA dan akan berakhir pada 31 Ogos ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan