Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Maliki sudah tiba di Jeddah, hadiri Simposium Haji

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Maliki sudah tiba di Jeddah, hadiri Simposium Haji

Dr Maliki bersama Menteri Haji dan Umrah Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammad Al Rabiah (kanan). Gambar: Facebook/Dr Maliki Osman.

Diterbitkan : 10 Jun 2024 10:38PM Dikemas Kini : 10 Jun 2024 10:39PM
JEDDAH: Singapura menyokong usaha dan dedikasi kerajaan Arab Saudi dalam memastikan keselamatan dan kebajikan kesemua jemaah haji tahun ini.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Maliki Osman yang juga mengetuai rombongan haji Singapura tahun ini berkata operasi dan perancangan teliti kerajaan Arab Saudi sangat memberi kesan pada pengalaman para jemaah setakat ini.

Dalam catatan di Facebook, Dr Maliki berkongsi bahawa beliau menghadiri Simposium Haji di ibu pejabat Dewan Perundangan Makkah sejurus tiba di Jeddah pagi tadi (10 Jun).
Gambar: Facebook/Dr Maliki Osman
"Gembira dapat berjumpa Menteri Haji dan Umrah Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Muhammad Al Rabiah yang menjadi tuan rumah simposium ini. Saya mengucapkan terima kasih kepadanya atas layanan baik terhadap rombongan jemaah haji Singapura," kata Dr Maliki.

"(Saya) mengucapkan tahniah kepada pihak penguasa Saudi atas perancangan Haji 2024 yang luar biasa," tambahnya.
Dr Maliki bersama Mufti Besar Mesir, Dr Shawki Allam. Gambar: Facebook/Dr Maliki Osman
Di simposium tersebut, Dr Maliki juga dapat bertemu dengan Mufti Besar Mesir, Dr Shawki Allam.

Kali terakhir mereka bersua adalah sewaktu Muktamar Fatwa di Singapura.

Selain itu, Dr Maliki juga gembira dapat bertemu ketua rombongan haji Malaysia iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Timbalan Menteri (Hal Ehwal Agama) Brunei Darussalam, Mohd Tashim Pengiran Hassan.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan