Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Maliki: SG punya hubungan mesra dengan Jordan, teroka peluang pertingkat kerjasama bidang pendidikan tinggi, latihan kejuruan

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Maliki: SG punya hubungan mesra dengan Jordan, teroka peluang pertingkat kerjasama bidang pendidikan tinggi, latihan kejuruan

Gambar: Kementerian Ehwal Luar (MFA)

Diterbitkan : 21 Oct 2022 10:36AM Dikemas Kini : 22 Oct 2022 11:50AM
SINGAPURA: Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman mengesahkan hubungan mesra yang terjalin antara Singapura dengan Jordan.

Dr Maliki yang kini dalam rangka lawatan negara ke Jordon telah bertemu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat, Dr Ayman Safadi, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Khamis (20 Okt).

Beliau juga mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan merangkap Menteri Pendidikan Tinggi dan Kajian Saintifik, Profesor Dr Wajih Owais serta Presiden Universiti Jordan, Profesor Dr Nathir Obeidat.

Semasa pertemuan-pertemuan itu, Dr Maliki mengesahkan hubungan rapat antara Singapura dengan Jordan.

Beliau juga menyuarakan minat Singapura untuk meneroka lagi peluang kerjasama dengan Jordan dalam bidang-bidang seperti pendidikan tinggi dan kejuruan serta pertukaran belia.

Dr Maliki turut melahirkan penghargaan kepada kerajaan Jordan kerana menjaga kesejahteraan pelajar Singapura di Jordan.

Sempena lawatan lima harinya ke Jordan itu, beliau juga diberi taklimat mengenai Yayasan Putera Mahkota dan Universiti Teknologi Al Hussein (HTU).

Dr Maliki turut menyertai sesi dialog dengan pemimpin pelajar HTU selain bertemu usahawan muda dari inkubator permulaan universiti tersebut.

Dr Maliki juga melawat pusat operasi serantau BIGO Technology, sebuah syarikat teknologi berpangkalan di Singapura yang membuka pejabat pertamanya di Timur Tengah di Amman pada 2019.

Syarikat itu kini menggajikan sekitar 1,000 rakyat Jordan.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan