Dr Maliki sampaikan ucapan Hari Raya pemimpin SG kepada Sultan Brunei, sahkan hubungan istimewa dua hala
Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Menteri Negara (Pejabat Perdana Menteri) Desmond Tan, dan Anggota Parlimen Yeo Wan Ling, bersama Yang di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah. (Gambar: MFA)
Menurut Kementerian Ehwal Luar dalam satu kenyataan pada Sabtu (13 Apr), Sultan Bolkiah dan Dr Maliki juga mengesahkan lagi hubungan istimewa yang terjalin antara Singapura dan Brunei.
Kedua-dua pihak turut mengulangi komitmen untuk memperluaskan dan memperdalam kerjasama dua hala meliputi pelbagai bidang.
Dr Maliki sedang melakukan lawatan ke Brunei selama 5 hari sehingga Isnin (15 Apr) sempena kunjungan tahunan Hari Raya Aidilfitri.
Sempena lawatnnya itu, beliau juga mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri, Putera Al-Muhtadee Billah.
Mereka melahirkan rasa puas hati dengan hubungan kukuh dan bermakna antara kedua-dua negara.
Mereka juga akur dengan kemajuan yang dicapai di bawah beberapa Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai semasa lawatan negara Putera Al-Muhtadee Billah ke Singapura pada Ogos 2022. Ia termasuk Biasiswa Pendidikan Belia Brunei Darussalam-Singapura, serta Kerjasama dalam Pembangunan Kapasiti Perkhidmatan Awam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.