Dr Maliki, Putera Mahkota Jordan setuju teroka peluang kerjasama pendigitalan, pendidikan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/Dr Maliki Osman
SINGAPURA: Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman bertemu dengan Putera Mahkota Jordan, Al Hussein bin Abdullah II di Istana Al Husseiniya pada awal Ahad (23 Okt), semasa lawatan kerjanya di Jordan.
Demikian menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad.
Semasa pertemuan tersebut, Dr Maliki menyerahkan surat kiriman Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang bertujuan untuk mengundang Putera Mahkota Jordan itu bagi mengadakan lawatan ke Singapura.
Dr Maliki turut mengesahkan hubungan muhibah dan lama berterusan yang terjalin di antara Singapura dan Jordan, sambil menekankan hubungan kukuh di antara para pemimpin dari kedua-dua negara itu.
Dr Maliki dan Putera Al Hussein bersetuju bahawa terdapat ruang untuk meneroka peluang kerjasama dua hala dalam pendigitalan, pendidikan dan latihan vokasional teknikal, pertukaran belia dan dialog antara agama.
Dalam pada itu, Dr Maliki melahirkan penghargaan Singapura kepada peranan kepimpinan Raja Jordan, Abdullah II dalam memupuk keharmonian antara agama dan menentang ekstremisme.
Sebelum ini, Dr Maliki menyertai sesi dialog dengan para pelajar Singapura di Jordan pada Ahad (21 Okt).
Dr Maliki berangkat ke Singapura dari Jordan pada Ahad malam.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.