Dr Maliki Osman adakan lawatan Hari Raya ke Brunei
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua bagi Ehwal Luar dan Pendidikan Dr Maliki Osman. (Gambar: Facebook/Dr Maliki Osman)
SINGAPURA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua bagi Ehwal Luar dan Pendidikan Dr Maliki Osman akan ke Brunei dari 23 hingga 26 April ini sempena Hari Raya Aidilfitri.
Demikian menurut kenyataan oleh Kementerian Ehwal Luar hari ini (23 Apr).
Sebelum ini, Dr Maliki telah mengadakan lawatan ke Brunei sempena Hari Raya sejak 2016.
Ini merupakan lawatan yang pertama seumpamanya sejak pandemik COVID-19.
Beliau dan delegasi dari Singapura diundang ke majlis Rumah Terbuka beberapa Menteri Brunei dan personaliti kanan Brunei yang lain.
Dr Maliki akan menjadi tetamu terhormat di satu acara Rumah Terbuka Hari Raya yang dihoskan oleh Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Brunei pada 26 April depan.
Acara tersebut akan dihadiri oleh beberapa pemimpin Brunei dan anggota badan-badan diplomatik.
Semasa lawatan itu, Dr Maliki akan ditemani oleh isterinya, Cik Sadiah Shahal, Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Kesihatan merangkap Undang-Undang Rahayu Mahzam dan Anggota Parlimen Yip Hon Weng.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.