Dr Maliki lakukan lawatan kerja ke Belanda hadiri perbincangan antirasuah
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan Dr Maliki Osman. (Gambar fail)
SINGAPURA: Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Maliki Osman, akan melakukan lawatan kerja ke Belanda mulai Ahad (27 Nov).
Beliau akan melawat negara itu bagi menghadiri perbincangan peringkat tinggi antirasuah, atas undangan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Luar Belanda Wopke Hoekstra.
Dr Maliki akan berucap di sesi peringkat menteri yang dihoskan oleh menteri-menteri ehwal luar Belanda, Kanada dan Ecuador. Beliau juga akan bertemu dengan warga Singapura yang menetap di Belanda.
Dr Maliki akan diiringi para pegawai Kementerian Ehwal Luar dan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Sumber : CNA/ZM/zm
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.