Skip to main content

Singapura

Dr Maliki lakukan lawatan 3 hari ke Timor-Leste; kukuhkan lagi hubungan dua hala

Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman mengucapkan tahniah kepada para pemimpin Timor Leste atas pencapaian luar biasanya sejak mencapai kemerdekaan pada 2002.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Maliki lakukan lawatan 3 hari ke Timor-Leste; kukuhkan lagi hubungan dua hala

Dr Maliki di jamuan malam rasmi yang dihoskan Presiden Francisco Guterres Lú-Olo. (Gambar: MFA)

Diterbitkan : 30 Aug 2019 04:19PM Dikemas Kini : 30 Aug 2019 04:23PM

DILI: Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman mengucapkan tahniah kepada para pemimpin Timor Leste atas pencapaian luar biasanya sejak mencapai kemerdekaan pada 2002. Beliau juga menyampaikan hasrat Singapura untuk terus memberi sokongan kepada pembangunan Timor-Leste.

Dr Maliki kini di Dili untuk menghadiri sambutan 20 tahun Jajak Pendapat Timor-Leste. Beliau menegaskan lagi hubungan kukuh Singapura-Timor Leste yang sudah lama terjalin jauh sebelum negara itu mencapai kemerdekaan pada 2002. Ini termasuk pengaliran dagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.

Dalam rangka lawatannya selama tiga hari bermula Khamis (29 Ogos), Dr Maliki turut mengalu-alukan penyertaan lebih ramai pegawai Timor-Leste dalam kursus-kursus di bawah Program Kerjasama Singapura.

Sebagai sebahagian daripada lawatannya itu, Dr Maliki diraikan dalam satu jamuan makan malam atas jemputan Presiden Francisco Guterres Lú-Olo dan jamuan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri Taur Matan Ruak. Beliau juga menghadiri satu mesyuarat di Parlimen negara itu.

Dr Maliki bertemu dengan Perdana Menteri Timor-Leste Taur Matan Ruak pada 29 Ogos. (Gambar: MFA)

Dr Maliki turut melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Taur Matan Ruak dan Menteri Ehwal Luar dan Kerjasama Dionísio Babo Soares.

Dr Maliki bertemu dengan Menteri Ehwal Luar Negeri dan Kerjasama Timor-Leste, Encik Dionísio Babo Soares. (Gambar: MFA) 

Dr Maliki dijadual menghadiri majlis rasmi 20 tahun Jajak Pendapat Timor-Leste malam nanti (30 Ogos) dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Filomeno da Paixão de Jesus esok (31 Ogos).  

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita