Skip to main content

Singapura

Dr Maliki lahir rasa bimbang keadaan penduduk Gaza sedang Ramadan bermula

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Mar 2025 12:03AM Dikemas Kini : 04 Mar 2025 07:57PM
SINGAPURA: Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Maliki Osman melahirkan rasa bimbang dengan keadaan yang mencengkam para penduduk Gaza sedang Ramadan baru sahaja bermula.

Beliau berkata: "Kami amat prihatin dan bimbang terhadap keputusan terkini Israel untuk tidak membenarkan bantuan kemanusian memasuki carikan Gaza. Kami menggesa semua pihak berusaha gigih memastikan semua yang mungkin untuk tercapai perjanjian gencatan senjata yang berkekalan yang dapat merintis jalan bagi pembebasan semua tebusan."

Dr Maliki juga menekankan bahawa satu-satunya jalan penyelesaian menyeluruh, saksama dan yang akan bertahan ialah huraian dua negara yang dirundingkan selaras dengan ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Sesetengah rakyat Singapura ingin pemerintah melakukan lebih dari sekadar memberi bantuan kemanusian kepada mangsa Gaza. Mereka mendesak pemerintah untuk mengambil tindakan yang tegas terhadap Israel.

"Ada yang bertanya mengapa Singapura tidak memutuskan segala hubungan dan urusan dengan Israel. Mereka ingin Singapura mengenakan sekatan sepihak terhadap Israel. Pada mereka ini semua menunjukkan langkah menunjukkan sokongan Singapura terhadap Palestin.

"Pemerintah berpendirian ini bukanlah langkah yang wajar atau produktif. Tetapi yang penting kita perlu memahami bahawa pendekatan Singapura terhadap dasar luar negara adalah konsisten sejak sekian lamanya. Kita akan mengambil tindakan yang mengutamakan kepentingan Singapura. Ia tidak boleh berdasarkan di mana kita berpihak."
 
Sumber : CNA/DY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita