Skip to main content

Singapura

Dr Maliki, Datuk Bandar Batam bincang kerjasama dalam tenaga, ekonomi digital

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Maliki, Datuk Bandar Batam bincang kerjasama dalam tenaga, ekonomi digital

Gambar: Facebook/Dr Maliki Osman

SINGAPURA: Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman bertemu dengan Datuk Bandar Batam, Muhammad Rudi di Singapura pada Jumaat (1 April) semasa satu sesi jamuan tengahari.

Ini merupakan kali pertama Dr Maliki bertemu dengan Encik Rudi sejak pandemik COVID-19 bermula.

Semasa pertemuan tersebut, kedua-dua pemimpin itu mengesahkan hubungan kukuh antara Singapura dengan Batam.

Mereka juga saling bertukar-tukar pandangan mengenai bidang-bidang kerjasama yang berpotensi antara Singapura dengan Batam. Ini termasuk dalam tenaga dan ekonomi digital.

Dr Maliki juga mengalu-alukan perjalanan bebas kuarantin dua hala antara Singapura dengan Batam bagi para pelawat yang sudah lengkap divaksin.

Ini akan merancakkan lagi industri pelancongan di Singapura dan Batam, kata Dr Maliki.

Encik Rudi juga merupakan pelawat yang pertama masuk ke Singapura melalui rangka kerja perjalanan bagi pelawat divaksin yang bermula hari ini (1 April), dedah Dr Maliki.

"Bulan Ramadan hampir tiba, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada Bapak Rudi sekeluarga dan berharap untuk mengadakan lawatan ke Batam dan bertemu dengannya lagi tidak lama lagi," tambah Dr Maliki menerusi catatan di Facebook beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita