Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Maliki buka rasmi pejabat perwakilan SG di Ramallah; detik penting hubungan dua hala

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Maliki buka rasmi pejabat perwakilan SG di Ramallah; detik penting hubungan dua hala

Dr Maliki Osman semasa menyampaikan ucapan di Ramallah. (Gambar: MFA)

Diterbitkan : 18 Oct 2022 11:56PM Dikemas Kini : 19 Oct 2022 12:04AM
RAMALLAH: Menteri Kedua Ehwal Luar merangkap Pendidikan Dr Mohamad Maliki Osman mengesahkan lagi sokongan berterusan Singapura kepada usaha membangunkan keupayaan Penguasa Palestin (PA) melalui Program Kerjasama Singapura (SCP), termasuk Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (ETAP) bagi warga Palestin.

Dr Maliki berkata demikian semasa merasmikan Pejabat Perwakilan Singapura (SRO) di Ramallah, pada Selasa (18 Okt).

"Pembukaan Pejabat Perwakilan di Ramallah adalah penanda penting dalam hubungan kami dengan PA. Ia selaras dengan komitmen kami untuk melakukan lebih banyak lagi bagi PA.

"Harapan saya adalah supaya pembukaan Pejabat ini akan membawa kepada hubungan lebih kukuh antara Singapura dengan warga Palestin. Kami berharap usaha kami memberi manfaat kepada warga Palestin sedang mereka berusaha ke arah matlamat negara bebas, dengan Palestin dan Israel hidup berjiran secara aman dan selamat," kata Dr Maliki.

SRO di Ramallah akan diketuai Pengarah Kehormat Cik Shireen Shelleh, yang akan membantu Wakil Singapura ke Penguasa Palestin, Encik Hawazi Daipi.

Encik Hawazi merupakan wakil Singapura bukan pemastautin yang pertama bagi Penguasa Palestin. Pejabat itu akan memudahkan usaha Singapura dalam menyediakan bantuan teknikal kepada Penguasa Palestin.

Ini dengan membolehkan penyelarasan lebih baik dengan agensi-agensi Palestin, badan 'National Focal Point' dan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura, menurut Dr Maliki dalam ucapannya di upacara perasmian SRO.

Pejabat itu juga membantu mengenal pasti lebih ramai pegawai Palestin bagi mengikuti program pembangunan profesional di Singapura dan menggunakan masa mereka di Singapura untuk memahami rantau Asia dengan lebih baik, kata Dr Maliki.
"Shireen pula akan membantu mengenal pasti peluang bagi entiti-entiti Singapura berkongsi kepakaran dan pengalaman masing-masing selaras dengan keutamaan pembangunan Penguasa Palestin.

"Kami juga berharap dapat memanfaatkan kepakaran dan rangkaian yang beliau pupuk bagi mendalami hubungan antara Singapura dengan Penguasa Palestin," tambah Dr Maliki lagi.

Berikut adalah alamat SRO di Ramallah:

Aras 4, Bangunan Baylasan
Maysoun, Ramallah
Palestin

Tel: +970-568888766
Faks: +970-2-2955656

Sempena lawatan kerja itu juga, Dr Maliki mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Penguasa Palestin Dr Mohammad Shtayyeh serta Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat Dr Riyad Al Malki.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan