Dr Maliki buat kejutan sempena sambutan hari lahir penduduk warga emas Siglap
Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) Siglap berkongsi di laman Facebook tentang seorang penduduk warga emas yang menyambut hari jadinya yang ke-63.

(Gambar-gambar: Siglap Ircc/Facebook)
SINGAPURA: Setelah setahun mengharungi pandemik COVID-19, pasti ramai yang sudah dapat menyesuaikan diri dengan sambutan majlis khas atau perayaan menjadi perhimpunan berskala kecil dan intim semata-mata menjaga jarak selamat dan lebih penting lagi bagi mematuhi peraturan COVID-19 yang sedang dikuatkuasakan.
Namun ini tidak bermakna sesuatu majlis khas atau keramaian perlu rasa kurang istimewa, terutama sekali jika ia dianjurkan oleh seseorang yang tidak disangka-sangka.
Pada Rabu (3 Mac), Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) Siglap berkongsi di laman Facebook tentang seorang penduduk warga emas yang menyambut hari jadinya yang ke-63.
Namun apa yang menjadikan hari istimewa lelaki lanjut usia yang mengalami palsi serebrum itu lebih istimewa adalah majlis kecil tetapi tidak kurang istimewa itu diadakan sebagai satu kejutan oleh Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast Dr Maliki Osman bersama beberapa anggota akar umbi.

Menurut laman IRCC Siglap, Dr Maliki yang juga penasihat kumpulan itu sempat menyuapkan sekeping kek kepada penduduk itu sebelum beliau meneruskan lawatan dari rumah ke rumah.
"Air mata kebahagiaan berlinang dari mata penduduk itu apabila kami menyanyikan lagu hari lahir untuknya. Penasihat (Dr Maliki) sempat menyuapkan sekeping kek sebelum beliau keluar untuk meneruskan lawatannya," dedah laman itu di Facebook.
"Kami beruntung kerana mendapat Penasihat yang begitu prihatin," sambung IRCC Siglap.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.