Dr Maliki beri kemas kini proses ibadah haji, kumpulan jemaah SG 'berada dalam keadaan sihat'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebagai Ketua Delegasi Haji, Dr Mohamad Maliki Osman nampaknya bukan setakat menjaga kemaslahatan jemaah haji Singapura di sana, malah juga memberi kemas kini kepada masyarakat Islam di tanah air sendiri menerusi blog video beliau sejak beberapa hari lalu.
"Jemaah haji hari ini mula melontar tiga jamrah bagi menyempurnakan ibadah haji mereka. Mereka akan menghabiskan dua hari berikutnya di Mina sebelum kembali ke Makkah bagi melakukan Tawaf dan Sai," kata Dr Maliki menerusi video yang dimuat naiknya.
"Ini selepas mereka menyambut Aidiladha dan melontar Jamrah Aqabah semalam. Ini juga bermakna saudara, kami sudah memasuki hari-hari terakhir musim haji tahun ini. Kita sudah sampai di permukaan Jamrah Aqabah di mana salah satu rukun yang harus kita lakukan dalam menunaikan fardhu haji," kongsi Dr Maliki.
Dengan cuaca yang begitu panas setiap hari, Dr Maliki turut melihat bagaimana pihak penguasa Arab Saudi membantu memastikan bahawa jemaah dapat menangani cuaca sedemikian.
"Lihat sahaja pada air sejuk yang disembur untuk memastikan kita dapat mengurangkan ketinggian cuaca yang begitu panas hari ini.
"Namun Alhamdulillah semua jemaah berada dalam keadaan sihat walaupun semalam kami berangkat dari Arafah," tambah beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.