Skip to main content

Singapura

Dr Maliki adakan lawatan 3 hari ke AS

Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman akan mengadakan lawatan ke Washington, Amerika Syarikat dari 5 hingga 7 Feb 2019.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Maliki adakan lawatan 3 hari ke AS

Menteri Negara Kanan Pertahanan Dr Mohamad Maliki Osman. (Gambar: Brandon Tanoto)

Diterbitkan : 04 Feb 2019 01:03PM Dikemas Kini : 04 Feb 2019 01:05PM

SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Ehwal Luar Dr Mohamad Maliki Osman akan mengadakan lawatan ke Washington, Amerika Syarikat dari 5 hingga 7 Feb 2019.

Beliau akan mengadakan lawatan ke negara itu bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Perikatan Global Bagi Menentang ISIS yang akan dipimpin Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo pada 6 Feb 2019.

Semasa lawatannya, Dr Maliki juga akan mengadakan mesyuarat-mesyuarat dua hala dengan para pegawai utama Pentadbiran Amerika Syarikat, Anggota-Anggota Kongres dan para pemikir strategik.

Dr Maliki akan diiringi oleh para pegawai dari Kementerian Ehwal Luar.  

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita