Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Mahathir beri amaran ketegangan dagangan AS-China boleh cetus dasar perlindungan

Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa ketegangan dagangan antara Amerika Syarikat dengan China boleh membawa kepada 'kesan domino'.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Nov 2018 07:53PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 09:41PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa ketegangan dagangan antara Amerika Syarikat dengan China boleh membawa kepada 'kesan domino' dan mendorong negara-negara lain untuk mengamalkan dasar perlindungan.

Dr Mahathir menegaskan demikian dalam ucaptamanya di Sidang Perniagaan dan pelaburan ASEAN hari ini (13 Nov).

Dalam ucaptamanya di Sidang Puncak Perniagaan dan Pelaburan ASEAN, Dr Mahathir berkata bahawa Malaysia akan mengekalkan dagangan bebas dan adil.

Bagi mengalakkan dagangan bebas, ASEAN mesti terus meluaskan dagangan silang rantau dan mengukuhkan perpaduan ekonomi.

Beliau menambah bahawa ini bukanlah masanya untuk menutup ruang dan peluang dengan melaksanakan langkah-langkah melindungi perdagangan.

"Langkah melindungi perdagangan yang semakin meluas, gerakan nasionalistik dan dasar yang "mementingkan negara sendiri" juga semakin ada di ASEAN sendiri. Bagaimanapun, ini bukanlah masanya untuk menutup pintu kita," kata Dr Mahathir.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan