Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Lee Wei Ling, anak perempuan perdana menteri pengasas Lee Kuan Yew, meninggal dunia pada usia 69 tahun

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Oct 2024 07:23AM Dikemas Kini : 10 Oct 2024 12:07AM
SINGAPURA: Dr Lee Wei Ling, anak perempuan yang juga anak bongsu perdana menteri pengasas Singapura Lee Kuan Yew, meninggal dunia pada usia 69 tahun pada Rabu (9 Okt).

Pemergiannya diumumkan oleh saudara lelakinya, Encik Lee Hsien Yang, dalam catatan Facebook sejurus sebelum pukul 6.00 pagi tadi.

Menurut Encik Lee Hsien Yang, Dr Lee meninggal dunia di rumahnya. Mendiang Dr Lee diketahui menetap di 38 Oxley Road, rumah keluarga Encik Lee Kuan Yew, yang meninggal dunia pada 2015.

Dr Lee, yang juga adik kepada Menteri Kanan Lee Hsien Loong, mendedahkan pada 2020 bahawa beliau menghidap palsi supranuklear progresif (PSP).

Dr Lee menyifatkan penyakit otak itu sebagai "penyakit seperti Parkinson yang melambatkan pergerakan fizikal, menjejaskan pergerakan dan keseimbangan mata", yang akhirnya mengakibatkan kematian.

Dalam catatan Facebooknya, Encik Lee Hsien Yang, meminta sumbangan dibuat sebagai ganti bunga kepada badan-badan amal yang menurutnya lebih bermakna kepada Dr Lee - Canossa Mission Singapore, Parkinson Society Singapore dan Total Well-Being SG Limited.

Butiran mengenai pengurusan jenazah dan upacara persemadian akan dimaklumkan kelak, tambah Encik Lee Hsien Yang.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan