Dr Hannan Hassan 'mohon maaf' jika masyarakat, institusi agama kurang empati terhadap kanak-kanak autisme
Anggaran Waktu Membaca:
Catatan Timbalan Mufti Dr Hannan Hassan di Instagram pada 4 April 2025. (Gambar: Instagram/@dr.hannan.h)
SINGAPURA: Timbalan Mufti Dr Hannan Hassan memohon maaf, khususnya kepada kapten bola sepak negara Singapura, Hariss Harun, atas pengalaman beliau yang kurang menyenangkan di masjid, melibatkan anak Encik Hariss yang mengalami autisme.
Ini selepas Encik Hariss mendedahkan bahawa beliau pernah dihampiri seorang jemaah yang marah kerana beliau membiarkan anak berkeperluan khas itu bermain telefon di masjid, dengan suara yang dibesarkan.

"Saya tidak boleh katakan bahawa saya tahu bagaimana rasanya, kerana cabaran saya mungkin berbeza dengan anda. Namun saya mendengar keluhan anda dan ibu bapa seperti anda.
"Saya memohon maaf sekiranya kita dan institusi agama kita mungkin tidak mempamerkan sikap empati dan belas kasihan yang secukupnya.
"Anda dan anak-anak anda amat dialu-alukan. Institusi-institusi ini adalah untuk anda sebagaimana ia juga adalah untuk semua orang yang lain," tulis Dr Hannan menerusi catatannya di laman Facebook pada Jumaat (4 Apr).

Dr Hannan juga menarik perhatian bahawa sikap empati yang sedikit sekalipun adalah penting bagi sesebuah masyarakat yang mendakapi kerencaman.
"Apabila kita melihat "kejayaan" pantas dan segera, dan kita hilang nilai empati dan saling memaafkan, kita hilang nilai sebenar masyarakat gemilang yang mempunyai belas kasihan dan membawa berkat kepada semua," kata Dr Hannan.
Beliau juga melahirkan harapan untuk menjadi tuan rumah kepada Encik Hariss sekeluarga sebagai rakyat di negara ini.
"Doa saya mengiringi semua ibu bapa yang diuji dan dikurniakan dengan anak berkeperluan khas sedemikian," tambah beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.