Dr Faishal umum peluasan Program Bersamamu, sokongan bagi pelajar & belia oleh MENDAKI, MESRA
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih ramai Kadi dan Naib Kadi akan dilibatkan bagi peluasan program 'Bersamamu' yang bantu memperkukuh hubungan pasangan dan rumahtangga.
Jumlahnya dijangka bertambah 50 peratus berbanding sebelum ini. Pada 2024, seramai 44 kadi dan naib kadi menjayakan program itu.
Program 'Bersamamu' menyediakan panduan dan nasihat kepada pasangan sehingga dua tahun selepas perkahwinan, akan diperluas bagi memberi sokongan lebih menyeluruh kepada pasangan Muslim.
Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim mengumumkan peluasan itu semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan (COS) bagi Ehwal Masyarakat Islam pada Khamis (5 Mac).
"Sejak dilancarkan pada 2019, program Bersamamu telah menyokong lebih 36,000 pasangan, menyediakan akses kepada sokongan perkahwinan dan bimbingan daripada Kadi dan Naib Kadi kami. Kami akan meningkatkan jumlah Kadi dan Naib Kadi sebanyak kira-kira 50 peratus untuk menyokong pasangan Islam yang baru berkahwin, terutamanya mereka yang memerlukan lebih banyak bantuan," kongsi Dr Faishal.
Selain sesi pertemuan sebelum akad nikah, pasangan juga akan menerima lebih banyak sesi susulan bersemuka selepas bernikah bagi memantau perkembangan mereka dan memberi panduan yang lebih khusus.
Sebagai sokongan tambahan, Pegawai Pembangunan Keluarga juga akan ditempatkan di masjid-masjid tertentu mulai Jun 2026 bagi membantu pasangan mendapatkan akses kepada program nasional dan inisiatif masyarakat yang relevan.
Dalam langkah seterusnya, Projek ARIF juga akan dijadikan komponen tetap di bawah program "Bersamamu" mulai Jun 2026, sekali gus meluaskan sokongan daripada fasa perkahwinan ke persediaan pasangan menjadi ibu bapa.
“Daripada bimbingan perkahwinan kepada sokongan keibubapaan, kami meluaskan penjagaan yang berterusan untuk memupuk keluarga yang lebih berdaya tahan dan memberikan anak-anak kami permulaan terbaik dalam hidup,” ujar beliau.

PROGRAM PERINTIS PENJAGAAN SELEPAS SEKOLAH MENDAKI
Dalam bidang pendidikan pula, MENDAKI bersama Kementerian Pendidikan (MOE), dengan sokongan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), telah merintis sebuah program di beberapa sekolah di Tampines.
Program itu bagi mengukuhkan penjagaan dan sokongan selepas sekolah untuk pelajar Melayu/Islam yang memerlukan bantuan tambahan.
"Bagi sesetengah keluarga dan anak-anak mereka, bantuan yang diperlukan adalah untuk memberikan mereka pemakanan yang lebih baik, meja belajar di rumah atau aturan penjagaan anak alternatif. Bagi yang lain, ini mungkin menghubungkan mereka dengan mentor yang dipercayai yang boleh menangani isu motivasi.
"Di bawah program perintis ini, seorang Penasihat Penjagaan MENDAKI akan bekerjasama dengan keluarga, pihak sekolah dan pegawai khidmat sosial profesional untuk memahami keperluan unik setiap pelajar dan membangunkan pelan penjagaan individu," kongsi Dr Faishal.
Inisiatif itu bertujuan menangani hambatan yang menjejas kehadiran dan pencapaian akademik pelajar selain menyediakan sokongan bersepadu antara sekolah dan masyarakat.

MASJID SEBAGAI NADI KEHIDUPAN BERAGAMA MASYARAKAT (CRL)
Dalam kehidupan beragama masyarakat (CRL) pula, MUIS akan terus memperkukuh rangka kerja CRL bagi membina Muslim yang yakin, keluarga yang berdaya tahan dan masyarakat yang bersatu.
"Masjid kita adalah nadi kehidupan keagamaan masyarakat kita. Ia bukan sahaja tempat ibadat tetapi hab masyarakat yang memupuk pertumbuhan rohani dan menggalakkan kesejahteraan," kata Dr Faishal.
Beliau menambah bahawa masjid perlu melihat ke hadapan, berpandangan jauh dan mampu menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan masyarakat.
Antara usaha memperkaya rangka kerja CRL termasuk memperkukuh penglibatan belia di masjid melalui pelbagai inisiatif seperti Simposium Belia Masjid SG NEXTGEN, sesi dialog bersama Mufti serta cabaran belia Ramadan.

Selanjutnya, MUIS akan bekerjasama dengan para belia dari madrasah, masjid dan institusi pengajian tinggi bagi menerbitkan panduan “Youth Meets Career”, yang bertujuan membantu golongan muda mengimbangi kerjaya profesional dengan identiti agama dan budaya mereka.
Usaha memperkukuh CRL turut merangkumi sokongan kepada golongan warga emas melalui program Santunan Emas.
Selain itu, MUIS juga sedang membangunkan ekosistem penjagaan rohani dan penjagaan 'pastoral' melalui latihan khusus kepada pegawai agama dan asatizah bagi membantu masyarakat menangani kesedihan, kebimbangan dan trauma berdasarkan ajaran agama.

Bagi perkembangan mengenai Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) pula, Dr Faishal berkata perancangannya berjalan lancar menjelang pembukaannya pada 2028.
Untuk pembangunan SCIS, masjid dan usaha-usaha masyarakat, Dr Faishal juga mengalu-alukan sumbangan masyarakat.
Antara sumbangan itu menerusi Wakaf Masyarakat Singapura (WMS). Beliau mendedahkan WMS sudah meraih lebih $8.5 juta daripada masyarakat.
PASUKAN PETUGAS BELIA MELAYU/ISLAM DITUBUHKAN
Di samping itu, golongan belia Melayu/Islam juga menjadi tumpuan dan keutamaan Dr Faishal.
Untuk itu, Persatuan Rakyat (PA) MESRA telah menubuhkan Pasukan Petugas Belia bagi memperkukuh penglibatan golongan muda dalam program nasional serta memperluas peluang pembangunan mereka.

Usaha itu melengkapi inisiatif di bawah rangka kerja M³, yang turut menyaksikan rangkaian M³@Bandar terus memainkan peranan penting di peringkat masyarakat.
Pada 2025, 12 M³@Bandar dengan sokongan sekitar 1,000 sukarelawan telah melaksanakan 256 inisiatif yang memberi manfaat kepada lebih 180,000 penduduk — peningkatan sekitar 60 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Usaha itu diselaraskan oleh Pejabat Penyelarasan Penglibatan M³ di bawah Persatuan Rakyat serta diperkukuh melalui kerjasama dengan pelbagai pertubuhan Melayu/Islam dan India/Islam dalam melaksanakan program sokongan masyarakat.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.