Skip to main content

Singapura

Dr Faishal tinjau persiapan haji di Makkah, bakal meterai Perjanjian Haji 2026

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim membuat lawatan ke beberapa lokasi penting bagi ibadah haji di Makkah.

Ini termasuk di Arafah dan Mina.
 
Dr Faishal mengunjungi Mina dan Arafah bagi meninjau persiapan Haji 2026. (Gambar: MDDI)
Dalam satu catatan di Facebook pada Ahad (9 Nov), Dr Faishal berkata lawatan tersebut akan membolehkannya untuk lebih faham pengalaman jemaah haji berkaitan isu-isu seperti kemudahan dan tempat penginapan, aspek logistik dan pergerakan jemaah.
Dr Faishal dijangka akan memeterai Perjanjian Haji 2026 di Jeddah. (Gambar: MDDI)
"Lawatan ini memberikan gambaran yang lebih mendalam tentang skala dan kerumitan pengurusan ibadah Haji dan akan menjadi panduan berguna bagi pertemuan saya di hari-hari mendatang termasuk menandatangani Perjanjian Haji serta Persidangan dan Pameran Haji, di mana kami bakal berbincang tentang usaha untuk memperkukuh sokongan bagi jemaah Singapura," kata Dr Faishal.
PERJANJIAN HAJI BAGI KUKUHKAN SOKONGAN BAGI JEMAAH SINGAPURA

Setelah itu, Dr Faishal ke Jeddah pula di mana beliau akan menghadiri Persidangan dan Pameran Haji.

Beliau dijangka mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji Dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah bagi menandatangani Perjanjian Haji 2026.

Sebelum itu, Dr Faishal bertemu dengan beberapa pemimpin dari rantau ASEAN yang ditemuinya di majlis MABIMS bulan lalu.
(Gambar: Facebook/Assoc Prof Muhammad Faishal Ibrahim)
"Majlis seperti ini memperkukuh iltizam kami sebagai pemimpin dari seluruh dunia bahawa matlamat utama adalah untuk memastikan ibadah Haji berjalan dengan selamat, lancar dan penuh keberkatan untuk semua jemaah. Saya akan berusaha untuk terus memperkukuh hubungan dan kerjasama kami yang akrab ini pada tahun-tahun mendatang, insya-Allah," kata Dr Faishal.

Dalam rangka lawatan kerja ini, Dr Faishal juga akan ke Amman, Jordan untuk mengadakan pertemuan dengan salah seorang anggota Panel Penasihat SCIS iaitu Dekan Sekolah Syariah di Universiti Jordan, Professor Abdul Rahman Al-kilani.

Beliau juga akan meluangkan masa untuk bertemu para penuntut Singapura di sana.
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita