Skip to main content

Singapura

Dr Faishal sambut baik langkah MENDAKI mansuh yuran daftar program tuisyen

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim mengalu-alukan langkah Yayasan MENDAKI memansuhkan yuran pendaftaran S$10 bagi program tuisyennya mulai Tahun Akademik 2026.
Anggaran Waktu Membaca:
Dr Faishal sambut baik langkah MENDAKI mansuh yuran daftar program tuisyen
Yayasan MENDAKI memansuhkan yuran pendaftaran S$10 bagi Program Tuisyen (MTP) kendaliannya. (Gambar: Facebook/MENDAKI Singapore)
Diterbitkan : 05 Nov 2025 12:35PM Dikemas Kini : 05 Nov 2025 12:48PM
SINGAPURA: Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim mengalu-alukan langkah Yayasan MENDAKI memansuhkan yuran pendaftaran S$10 bagi program tuisyennya mulai Tahun Akademik 2026.

Dr Faishal berkongsi demikian dalam catatan Facebooknya pada Rabu (5 Nov).

"Walaupun ini satu langkah kecil tetapi ia sangat bermakna untuk menjadikan tuisyen berkualiti lebih mudah diakses oleh setiap pelajar Melayu/Islam, serta memastikan tiada kanak-kanak yang tercicir hanya kerana tidak mampu," kata Dr Faishal dalam catatannya di Facebook.

Beliau menambah, langkah itu turut mencerminkan komitmen dan kepimpinan kukuh MENDAKI.

"Beginilah cara kita maju bersama - dengan memperluas akses kepada peluang, mengukuhkan keluarga, dan melabur dalam masa depan anak-anak kita.

"Mari kita terus bekerjasama demi memberikan setiap anak peluang terbaik untuk berjaya dan maju ke hadapan," kata Dr Faishal sebelum mengakhiri catatannya.

Pada Isnin (3 Nov), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Yayasan MENDAKI Feroz Akber mengumumkan pemansuhan yuran pendaftaran S$10 bagi program tuisyennya.

Ini bermakna, semua pelajar dari Darjah 1 hingga Menengah 5 boleh mengikuti kelas tuisyen MENDAKI tanpa sebarang bayaran.

Baju mahupun bahan pembelajaran akan tetap disediakan.

"Kami faham kos yang kecil tetap boleh menjadi beban kepada sesetengah keluarga. Walaupun ada bantuan kewangan, ada keluarga yang mungkin tidak menyedarinya atau berasa segan untuk memohon bantuan," ulas Encik Feroz.

"Dengan langkah ini, kami berharap dapat memudahkan proses pendaftaran dan menggalakkan lebih ramai pelajar untuk menyertai program kami, agar setiap anak Melayu/Islam kita berpeluang mendapat sokongan akademik yang berkualiti," tambahnya menyusuli pengumuman itu.
Sumber : Sumber Web/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita