Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Faishal: Pencapaian anak Melayu bukan setakat ketara malah lebih menyerlah, meluas

Masyarakat Melayu bukan sahaja berjaya mencatat "pencapaian yang ketara" dalam bidang pendidikan, tetapi kejayaan yang diraih juga cukup menyerlah dan meluas.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Masyarakat Melayu bukan sahaja berjaya mencatat "pencapaian yang ketara" dalam bidang pendidikan, tetapi kejayaan yang diraih juga cukup menyerlah dan meluas.

Malah orang Melayu tidak hanya berhasil "membangun sebagai satu masyarakat", mereka turut sudah membuka pelbagai laluan untuk para belianya memburu kecemerlangan.

Demikian ditekankan Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga Dr Faishal Ibrahim, semasa mengulas dengan lebih terperinci mengenai pencapaian pendidikan masyarakat Melayu seperti yang diumumkan di Rapat Umum Hari Kebangsaan.

Menteri Negara MHA merangkap MND Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.

KEJAYAAN MELUAS MASYARAKAT MELAYU

Di Rapat Umum Hari Kebangsaan, kisah inspirasi sebilangan anak Melayu disebut-sebut PM Lee sebagai contoh yang benar-benar memperlihatkan iltizam kuat masyarakat Melayu menggapai kecemerlangan dalam pendidikan - walaupun "ramai bukan daripada keluarga senang".

PM Lee di Rapat Umum Hari Kebangsaan 2019. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Menurut Dr Faishal, ini jelas mencerminkan bagaimana Singapura berjaya membangunkan satu wadah yang membolehkan semua lapisan masyarakat untuk mengejar impian masing-masing.

"Kalau kita lihat anak Melayu yang mendapat biasiswa dan menerima anugerah, mereka datang dari latar belakang dan laluan pendidikan yang berbeza-beza," jelas Dr Faishal.

"Ada yang menceburi bidang seni, ada dalam sains teknologi dan lain-lain lagi."

Semua itu, katanya, membuktikan bahawa masyarakat Melayu membangun sebagai sebuah masyarakat dan berjaya membuka laluan untuk para belia Melayu mengejar kecemerlangan.

Ini termasuklah mereka dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE). 

(Gambar: Politeknik Republik)

(Gambar fail: MCI)

PEMERINTAH BUKA LALUAN LULUSAN ITE TIMBA KEMAHIRAN

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada 22 Ogos mengumumkan lebih banyak peluang akan disediakan untuk lulusan ITE terus menimba kemahiran.

Antaranya dengan menyediakan tambahan 860 tempat bagi lulusan ITE meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan tambahan 580 tempat bagi program Diploma Teknikal Kerja-Belajar.

Menjelang 2030 pula, sekitar 1,700 lulusan ITE dijangka akan meraih manfaat daripada laluan pembelajaran yang lebih luas untuk mereka.

Sungguhpun demikian, Dr Faishal mengongsi kebimbangannya.

PELAJAR ITE PERLU LEBIH SOKONGAN IBU BAPA, KELUARGA

Dr Faishal Ibrahim.

"Saya sering mendekati pelajar-pelajar ITE. Saya dapat merasakan pelajar-pelajar ini memerlukan lebih banyak sokongan daripada ibu bapa dan keluarga mereka. Kita harus percaya kepada anak-anak kita," kata Dr Faishal.

Beliau menegaskan, apabila pelajar Melayu mendapat sokongan yang padat, mereka mampu mencapai kecemerlangan masing-masing.

Mengulas lebih lanjut, Dr Faishal juga menyebut betapa anak-anak Melayu yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat posmenengah kini sudah jauh meningkat.

"Sekarang lebih dari 90 peratus di kalangan pelajar-pelajar kita melangkah ke institusi posmenengah. Kalau kita bandingkan pada 1995, hanya ada 45 peratus," tambah Dr Faishal lagi.

Dengan perkembangan dan pencapaian anak-anak Melayu sekarang, beliau yakin trend kecemerlangan serta pencapaian masyarakat Melayu akan terus meningkat pada masa akan datang.  

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan