Dr Faishal memimpin dengan cara tersendiri
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengalaman selama hampir tiga dekad dalam kerja-kerja masyarakat dan akar umbi dianggap sebagai satu aset penting bagi Dr Faishal Ibrahim dalam menggalas peranan baharunya selaku Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.
Bukan sahaja ia membantunya untuk bina rangkaian yang lebih luas, ia juga mendedahkan beliau kepada pelbagai isu yang memberinya pemahaman yang lebih mendalam.
"Dengan adanya pengalaman seperti ini dan juga pendedahan tentang isu-isu yang mungkin penting dalam masyarakat kita yang berubah dan semakin berubah pada tahun-tahun kebelakangan ini dengan juga landskapnya semakin berubah. Justeru, ini adalah satu aspek yang saya telah bangunkan dengan hubungan saya dengan masyarakat dan juga bagaimana mereka yang saya rasa selesa untuk mendekati saya dan saya pun selesa," kata Dr Faishal.
"Jadi, apabila mereka rasa keselesaan ini, mereka tak segan silu untuk berkongsilah tentang apakah isu-isu yang mereka mahu kita terapkan dan lakukan. Apa yang saya dengar pada bulan-bulan yang lalu kalau bandingkan dengan pada tahun-tahun yang lalu adalah mungkin mereka mahu kepimpinan untuk mendengar lebih mendalam dan luas tentang rintihan mereka ini," jelasnya lagi.

Sejak menyertai politik pada 2006, Dr Faishal juga sudah berpindah kawasan undi sebanyak tiga kali.
Ini memberinya peluang untuk berinteraksi dengan lebih ramai penduduk dan mendampingi pelbagai lapisan masyarakat.
"Saya beruntunglah dapat berkhidmat dalam beberapa kawasan undi. Saya mula di Kampung Ubi, Kaki Bukit, kemudian di Nee Soon Central dan sekarang di Kembangan. Apa yang saya dapat lihat aspirasi ini bukan sahaja pelbagai tetapi berlainan. Ada yang saya dipanggil untuk mengunjungi penduduk saya. Apa yang mereka perlukan adalah satu wadah untuk mereka luahkan perasaan mereka. Ada yang nak ada rakan untuk mendengar bukan 'complain' ataupun cabaran. Mereka hendakkan seorang untuk mendampingi dan kehidupan mereka dapat berbual dengan pemimpin masyarakat," kata Dr Faishal.
Selain itu, beliau juga sudah menyandang jawatan politik di pelbagai kementerian termasuk Kementerian Kesihatan, Pengangkutan, Pendidikan, Pembangunan Negara, Pembangunan Sosial dan Keluarga serta Ehwal dalam Negeri.
MAHU SELESA DIDEKATI MASYARAKAT, PEGANG PRINSIP 'BE YOURSELF'
Beliau juga bersyukur kerana diberi kesempatan untuk berganding bahu dengan dua Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam sebelumnya iaitu Encik Masagos Zulkifli dan Dr Yaacob Ibrahim.
Dr Faishal turut percaya setiap pemimpin ada cara mereka tersendiri dan kekuatan masing-masing.
Bagi dirinya, beliau lebih selesa mendampingi masyarakat dan menjadi dirinya sendiri apabila bersama mereka.

"Satu prinsip yang saya pegang paling kuat dalam kehidupan saya 'Be yourself'. Saya adalah Faishal dan itulah Faishal. Jadi ini pada pendapat saya satu aspek yang penting dalam kehidupan saya," kongsi Dr Faishal kepada para wartawan.
Sebagai seorang pemimpin pula, beliau mahu masyarakat berasa selesa untuk mendekatinya seperti seorang ketua keluarga.
"Pada pendapat saya, ini adalah satu aspek bukan sahaja sebagai seorang menteri yang menjaga kemaslahatan masyarakat Islam tetapi seorang pemimpin di rumah di mana anak-anak kita, ahli keluarga kita harus rasa selesa untuk berbual dengan kita. Jiran kita rasa selesa dan gembira dapat berbual dengan kita dan ini terus diterapkan dalam pendekatan kita dengan ahli keluarga, sanak saudara dan juga dalam aspek kehidupan saya dengan masyarakat kita," kata Dr Faishal yang juga merupakan Menteri Negara Kanan Ehwal dalam Negeri.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.