Dr Faishal lakukan lawatan sulung ke Brunei; perkukuh hubungan dengan menteri, pemimpin agama
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim akan melakukan lawatan kerja rasmi ke Brunei Darussalam dari 24 hingga 25 November ini.
Ini juga merupakan lawatan kerja pertamanya ke Brunei selepas menyandang jawatan itu, yang bertujuan untuk mengukuhkan dan menjalin hubungan muhibah bersama para menteri dan pemimpin agama Brunei.
Demikian menurut kenyataan media Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) pada Ahad (23 Nov).
Dr Faishal, yang juga Menteri Negara Kanan Ehwal Dalam Negeri, akan diiringi oleh para pegawai kanan dari Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Di sana, beliau akan bertemu dengan para pemimpin Brunei bagi pertukaran berhubung ehwal masyarakat dan agama.
Ini termasuk dengan Menteri Hal Ehwal Ugama Badaruddin Othman, Mufti Negara Brunei Darussalam Abdul Aziz Juned dan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Ahmaddin Rahman.
Sepanjang lawatannya di Brunei, Dr Faishal juga akan melawat Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan institusi-institusi lain seperti Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Masjid Omar Ali Saifuddien.

Sumber : BERITA Mediacorp/NJ/nj
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.