Dr Faishal ke Arab Saudi bagi urusan Haji 2026, ke Jordan bagi bantuan untuk Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim dijangka akan memeterai Perjanjian Haji bagi musim haji 2026 dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
Dr Faishal dan Dr Tawfiq juga akan membincangkan persiapan bagi musim haji akan datang.
Dalam kesempatan itu, Dr Faishal akan menghadiri Pameran dan Persidangan Haji dan Umrah yang dianjurkan kerajaan Saudi.
Ini sempena lawatan kerja pertamanya ke Arab Saudi dan Jordan setelah menyandang jawatan itu.
Beliau akan ke sana antara 6 hingga 11 November 2025.
PERTEMUAN DENGAN ANGGOTA PANEL PENASIHAT SCIS
Setelah itu, beliau akan mengunjungi beberapa tempat suci di Makkah dan mengadakan pertemuan dengan seorang anggota Panel Penasihat Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) iaitu Setiausaha Agung Akademi Fiqih Islam Antarabangsa, Profesor Koutoub Moustapha Sano di Jeddah.
Setelah itu, Dr Faishal akan ke Amman pula di mana beliau akan mengadakan pertemuan dengan lagi seorang anggota panel berkenaan iaitu Dekan Sekolah Syariah di Universiti Jordan di Professor Abdul Rahman Al-kilani.
Sebelum ini, Dr Faishal sudah bertemu lagi seorang anggota panel tersebut iaitu Mufti Besar Mesir, Dr Nazir Mohamed Ayyad dalam lawatan kerjanya ke Kaherah.

Pertemuan-pertemuan ini bertujuan untuk mengesahkan semula kerjasama yang kukuh antara Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dengan para anggota Panel Penasihat SCIS.
Dr Faishal turut meluangkan waktu untuk bertemu dengan para penuntut Singapura di Madinah dan Amman.
Di Amman, Dr Faishal juga akan menyaksikan majlis penyerahan simbolik bagi barangan-barangan prostetik sumbangan Singapura kepada Inisiatif 'Restoring Hope' Jordan bagi membantu warga Palestin yang kehilangan kaki atau tangan mereka akibat peperangan di Gaza.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.