Dr Faishal Ibrahim tinjau kemudahan perubatan jemaah SG jelang kemuncak Haji
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
MAKKAH: Menjelang kemuncak ibadah Haji, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim, meninjau kemudahan perubatan yang disediakan untuk jemaah haji Singapura.
Semasa lawatannya ke Pusat Operasi Pejabat Hal Ehwal Jemaah Singapura (SPAO) dan klinik perubatan di Madinah dan Aziziyah, Makkah, Dr Faishal berkata beliau terharu melihat kemudahan perubatan dan sokongan yang disediakan.
Beliau turut memuji dedikasi pegawai-pegawai SPAO serta kakitangan perubatan yang menjaga jemaah Singapura.
Menurut catatannya di Facebook, usaha tersebut memastikan jemaah Singapura mempunyai akses kepada penjagaan dan bantuan jika diperlukan.
Beliau berkata, kesihatan dan kesejahteraan jemaah merupakan keutamaan, lebih-lebih lagi sedang mereka bersiap sedia menghadapi hari-hari kemuncak ibadah haji.
Dr Faishal, yang juga Ketua Delegasi Haji Singapura, mengingatkan jemaah untuk mengambil langkah berjaga-jaga, memandangkan suhu di Makkah kini mencecah sehingga 47 darjah selsius.
Beliau menasihatkan jemaah untuk banyak minum air dan mengurangkan masa di luar.
"Saya ingin mengingatkan untuk supaya terus menjaga satu sama lain dengan ihsan, kesabaran, dan kesantunan, nilai-nilai yang mencerminkan kekuatan masyarakat kita, terutamanya sepanjang perjalanan suci ini," tulis Dr Faishal.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.