Dr Faishal hargai usaha jayakan Bazar Geylang Serai; jumlah pengunjung cecah 5.56 juta
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah pengunjung yang membanjiri Bazar Raya Geylang Serai 2023 mencecah sekitar 5.56 juta orang.
Demikian diumumkan oleh Penasihat Utama Wisma Geylang Serai (WGS), Dr Muhammad Faishal Ibrahim dalam catatan Facebooknya pada Sabtu (13 Mei).
Beliau berbesar hati dengan perangkaan tersebut dan Bazar Raya Geylang Serai tahun ini memanfaatkan teknologi dan sokongan pasukan agensi keselamatan untuk memastikan bazar terbesar yang dianjurkan di Singapura itu berjalan lancar.
Tempoh bazar tahun ini adalah yang terpanjang pernah diadakan, beroperasi selama 36 hari sehingga 21 April lalu.

Sebagai tanda penghargaan kepada para kakitangan, peserta, agensi, kakitangan dan semua pihak yang telah bekerja keras untuk menjayakan bazar tersebut, WGS mengadakan Perjumpaan Hari Raya Wisma Geylang Serai pada Jumaat (12 Mei) yang turut dihadiri oleh Dr Faishal.
Seramai 350 tetamu yang terdiri daripada para kakitangan, peserta, agensi dan mereka yang bekerja di balik tabir menghadiri acara tersebut semalam.
"Usaha kami tidak berhenti di sini. WGS berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan ini untuk menjadikan WGS sebagai nadi masyarakat dan pusat sosial, sivik dan budaya Geylang Serai. Kami akan terus memperkaya dan memperdalam penglibatan dan jangkauan kami dengan masyarakat," ujar Dr Faishal.
Di acara malam semalam, Dr Faishal turut mendedahkan bahawa kesemua ruang kedai di WGS sudah disewakan.
Antara penyewa terbaru di WGS termasuk restoran Mutiara Seafood. Ia merupakan restoran pertama di bawah rangkaian restoran Jumbo yang cukup terkenal dengan hidangan Ketam Cili, yang kini memegang sijil Halal.
Selain restoran tersebut, OLULU, sebuah kafe yang menawarkan pelbagai pilihan pastri yang disifatkan sebagai "Instragammable" atau menarik untuk ditampilkan di platform Instagram turut diumumkan sebagai antara penyewa terbaru WGS.
Terdapat juga gimnasium, Gympod dan studio bagi sesi latihan gimnastik, Ryhtimix serta sebuah pusat permainan komputer, Clique Gaming yang menanti para pengunjung WGS.
Dengan pelbagai kedai dan kemudahan yang ditawarkan, Dr Faishal menggalak orang ramai untuk mengunjungi dan menikmati pelbagai tarikan baru di WGS.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.