Skip to main content

Singapura

Dr Faishal harap Maal Hijrah bawa 'kedamaian, kejayaan, dan keberkatan' kepada seluruh dunia

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim mengucapkan "Selamat menyambut Awal Muharram" kepada semua umat Islam sempena tahun baharu Hijrah 1447H serta berharap tahun baharu Islam ini "membawa kedamaian, kejayaan, dan keberkatan kepada seluruh dunia".

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Jun 2025 08:01PM Dikemas Kini : 27 Jun 2025 12:47AM
  • Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim mengucapkan "Selamat menyambut Awal Muharram" kepada semua umat Islam sempena tahun baharu Hijrah 1447H serta berharap tahun baharu Islam ini "membawa kedamaian, kejayaan, dan keberkatan kepada seluruh dunia".
  • Dr Faishal juga melahirkan harapan supaya masyarakat dapat "melangkah dengan harapan baharu, berusaha untuk maju sebagai insan yang berdaya tahan dan sebagai masyarakat yang bersatu padu berteraskan nilai dan aspirasi bersama".
  • Masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis sempena Awal Muharam bagi memperingati detik istimewa itu bersama masyarakat Islam, kongsi Dr Faishal.
  • Beliau menarik perhatian bahawa ia juga mengingatkan masyarakat bahawa "kemajuan bermula dengan muhasabah dan dibina atas keteguhan jiwa, hala tuju yang jelas, serta semangat ukhuwah yang utuh".
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Faishal Ibrahim mengucapkan "Selamat menyambut Awal Muharram" kepada semua umat Islam sempena tahun baharu Hijrah 1447H serta berharap tahun baharu Islam ini "membawa kedamaian, kejayaan, dan keberkatan kepada seluruh dunia".

Demikian menurut beliau dalam catatannya di laman Facebook pada Khamis (26 Jun).

"Dalam suasana dunia yang mencabar ini, marilah kita bersama-sama berdoa untuk keamanan dan kesejahteraan semua.

"Semoga sifat belas ihsan dan kebijaksanaan membimbing kita melalui masa yang penuh ketidaktentuan ini."

Dr Faishal juga melahirkan harapan supaya masyarakat dapat "melangkah dengan harapan baharu, berusaha untuk maju sebagai insan yang berdaya tahan dan sebagai masyarakat yang bersatu padu berteraskan nilai dan aspirasi bersama".

Dr Faishal berkata demikian sedang beliau dan Mufti Negara Dr Nazirudin Nasir, Ustaz Pasuni Maulan serta para jemaah menghadiri majlis Fi Rihabi Rahmah (Dalam Tautan Rahmah) di Masjid An-Nur pada Khamis malam (26 Jun).

Menurut Dr Faishal, Ustaz Pasuni Maulan menyampaikan tazkirah mengenai 'Hijrah' bagi mempertingkatkan diri, mendekatkan diri pada Illahi, sementara Mufti memimpin doa sempena sambutan tahun baru Hijrah.

Masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis sempena Awal Muharam bagi memperingati detik istimewa itu bersama masyarakat Islam, kongsi Dr Faishal.

Dalam catatannya, Dr Faishal juga menyifatkan tahun baharu Hijrah 1447H sebagai "membuka lembaran baharu - satu detik suci untuk memperingati, memperdalam penghayatan dan memperbaharui azam diri".

Beliau menarik perhatian bahawa ia juga mengingatkan masyarakat bahawa "kemajuan bermula dengan muhasabah dan dibina atas keteguhan jiwa, hala tuju yang jelas, serta semangat ukhuwah yang utuh".

"Semoga 1447H membawa kedamaian, kejayaan, dan keberkatan kepada seluruh dunia.

"Selamat menyambut Awal Muharram kepada semua Umat Islam," kata Dr Faishal.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita