Skip to main content

Singapura

Dr Faishal gesa rakyat SG jaga kepercayaan, kekal saling hormat antara kaum & agama

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Muhammad Faishal Ibrahim menggesa rakyat Singapura supaya tidak mengambil mudah kepercayaan antara masyarakat berbilang kaum dan agama yang sudah terjalin bertahun-tahun lamanya dan diperkukuh menerusi sikap saling hormat dan menghormati dan pemahaman.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Faishal gesa rakyat SG jaga kepercayaan, kekal saling hormat antara kaum & agama

Dr Faishal Ibrahim akan memegang jawatan sebagai Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam. (Gambar: CNA/Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 15 Oct 2025 09:32PM Dikemas Kini : 15 Oct 2025 09:34PM
SINGAPURA: Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Muhammad Faishal Ibrahim menggesa rakyat Singapura supaya tidak mengambil mudah kepercayaan antara masyarakat berbilang kaum dan agama yang sudah terjalin bertahun-tahun lamanya dan diperkukuh menerusi sikap saling hormat dan menghormati dan pemahaman.

Dr Faishal berkata demikian dalam catatan Facebook pada Rabu (15 Okt) menyusuli Kenyataan Menteri yang disampaikan oleh Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara K Shanmugam di Parlimen mengenai kaum dan agama pada Selasa (14 Okt).

"Walaupun masyarakat kita mungkin menjadi sasaran, kita tidak menyerah kepada perpecahan. Kita tetap tenang, bersatu, dan kuat, seperti yang selalu kita lakukan.

"Kerana kita adalah rakyat Singapura terlebih dahulu, bangga dengan identiti kita, yakin dengan kedudukan kita, dan komited untuk memastikan Singapura kekal sebagai rumah untuk semua," kata Dr Faishal dalam catatannya.

Dalam catatan yang sama, beliau turut memuji para Anggota Parlimen tampil di Parlimen dan berucap dengan "kejelasan, keprihatinan dan keyakinan, memastikan bahawa suara masyarakat kita didengari".

"Mereka mengingatkan kita tentang apa yang menjadikan Singapura istimewa: keberanian generasi pengasas kita untuk membina sebuah negara di mana orang dari setiap kaum dan kepercayaan berdiri bersama sebagai satu," katanya.
Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita