Dr Faishal gesa orang ramai jangan buat spekulasi punca nahas di Tampines; kes telah dibawa ke mahkamah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim berkata beliau berasa amat sedih atas kematian yang berlaku dalam nahas di Tampines, pada Isnin (22 Apr).
Beliau menyampaikan ucap takziah mendalam kepada keluarga mangsa-mangsa tragedi itu.
Dalam masa yang sama, menulis di Facebooknya pada Khamis (25 Apr), Dr Faishal menggesa orang ramai agar tidak membuat spekulasi mengenai punca nahas itu kerana kes tersebut telah dibawa ke mahkamah.

Muhammad Syafie Ismail, 42 tahun, dikenakan empat tuduhan pada Khamis di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya berhubung kemalangan berkenaan, yang meragut dua nyawa.
Seorang pelajar Maktab Rendah Temasek berusia 17 tahun dan seorang wanita 57 tahun, maut dalam kemalangan itu.

Dalam catatannya di Facebook itu, Dr Faishal menekankan, "tindakan memandu secara melulu dan berbahaya tidak dapat diterima sama sekali" dan "tidak mempunyai tempat dalam masyarakat kita".
"Tingkah laku sebegitu menimbulkan bahaya kepada nyawa orang lain dan boleh menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak bersalah. Padah sebarang nahas sedemikian bukan sahaja menjejas anggota keluarga rapat mangsa, tetapi juga amat dirasai oleh masyarakat meluas," luah Dr Faishal.
Dalam pada itu, Dr Faishal menggesa semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan trafik dan lebih bersabar serta mengamalkan sikap berbudi ketika di jalan raya.
"Apabila anda memandu, sentiasa berjaga-jaga dan tumpukan perhatian di jalan raya kerana tindakan anda memberi kesan kepada keselamatan orang lain.
Marilah kita saling membantu satu sama lain untuk pulang ke rumah ke pangkuan keluarga dan orang tersayang dengan selamat. Kita semua harus memainkan peranan," pesan Dr Faishal dalam catatan tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.