Dr Faishal gariskan 3 tumpuan utama untuk masyarakat Melayu/Islam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pemimpin Melayu/Islam akan menumpukan kepada tiga bidang utama bagi beberapa tahun mendatang untuk terus menyokong masyarakat.
Ini termasuk memacu pencapaian sosial dan ekonomi masyarakat, menyokong kehidupan beragama masyarakat serta melestarikan seni, budaya dan warisan Melayu.
Tiga bidang tumpuan itu digariskan Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam dalam ucapannya semasa Perbahasan Ucapan Presiden di Parlimen hari ini (23 Sep).
Ini merupakan ucapan pertama berkaitan masyarakat Melayu/Islam yang disampaikan Dr Faishal Ibrahim di Parlimen sejak menyandang jawatan baharu itu.
Pencapaian sosioekonomi yang lebih baik
1. Memupuk Institusi keluarga yang kukuh
Bertemakan 'Maju Bersama: Membina Masa Depan yang lebih Kukuh Bersama', fokus pertama ucapan Dr Faishal ialah mengenai memperkukuh pencapaian sosial dan ekonomi masyarakat, bermula dengan institusi keluarga.
Keluarga dilihat sebagai asas utama dalam membina masyarakat berdaya tahan.
Dengan usaha berterusan yang dilaksanakan buat sekian lama, masyarakat kata Dr Faishal melihat kemajuan misalnya dalam bilangan perceraian pasangan Muslim yang merosot 30% pada 2023 berbanding 2019.
Pemerintah dan badan-badan Melayu/Islam kata Dr Faishal akan terus menyokong usaha memperkukuh institusi keluarga.
"Kami akan terus melakukan lebih dalam bidang tumpuan ini, dipimpin oleh bakal Menteri Negara Zhulkarnain Abdul Rahim. Misalnya, menerusi program Bersamamu, yang menyokong pasangan baru Muslim dengan bimbingan keagamaan tentang perkahwinan dan kehidupan berkeluarga dan kemahiran-kemahiran praktikal seperti perancangan kewangan, kemahiran berkomunikasi dan dalam menangani konflik," kata Dr Faishal.
2. Mempergiat Sokongan untuk Belia dan Kanak-kanak
Lebih banyak tumpuan juga akan diberikan kepada pembangunan kanak-kanak dan belia.
Dr Faishal menekankan pentingnya penyertaan awal di prasekolah.
"Pendidikan adalah kunci untuk menyediakan anak-anak kita dengan permulaan yang baik dalam kehidupan. Sebagai sebuah masyarakat, kita boleh melakukan lebih untuk menggalak penyertaan anak-anak ke dalam prasekolah dan memastikan mereka kekal di sekolah," ujar Dr Faishal.
Dr Faishal turut menekankan pentingnya memberi sokongan yang lebih baik terhadap pembelajaran para pelajar di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Misalnya, inisiatif seperti Projek Jalan Kukoh melibatkan MENDAKI, MUIS, MESRA, 4PM dan agensi pemerintah lain untuk membantu para belia di kawasan itu.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan masyarakat kita, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga dan Kementerian Pendidikan atas sokongan anda dalam bidang-bidang tumpuan ini," kata Dr Faishal.
3. Memperkasa Pekerja & Ekonomi Masa Depan
Menjangkaui pendidikan di peringkat sekolah, pemerintah kata beliau akan menghulurkan sokongan kepada para belia dalam aspek bimbingan kerjaya, peluang pembangunan peribadi dan pendedahan kepada pengalaman-pengalaman baharu.
"Baru-baru ini saya mengumumkan pembentukan Pasukan Bertindak Belia Melayu/Islam. Ini akan menghimpunkan para belia untuk memperjuangkan keperluan dan aspirasi belia Melayu/Islam dan mewujudkan bersama inisiatif-inisiatif yang menyokong Pelan Belia SG kebangsaan. Menteri Negara Rahayu Mahzam dan bakal Setiausaha Parlimen Kanan Dr Syed Harun Alhabsyi akan menerajui usaha ini," jelas Dr Faishal.
Dalam landskap ekonomi yang pesat berubah, beliau turut menekankan keperluan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat agar pekerja Melayu/Islam dapat merebut peluang dalam sektor pertumbuhan seperti teknologi, pembuatan maju dan perkhidmatan profesional.
Kerjasama antara NTUC, MENDAKI dan pertubuhan-pertubuhan Melayu/Islam (MMO) penting katanya dalam memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat.
Menteri Negara Kanan Zaqy Mohamed dan AP Buruh Dr Wan Rizal akan memimpin pembangunan dalam bidang tumpuan tersebut untuk menyokong para pekerja.

4. Menyokong penuaan warga emas
Perhatian turut diberikan kepada warga emas, khususnya generasi Perintis dan Merdeka.
Dr Faishal menarik perhatian bagaimana masyarakat boleh mencedok pengalaman para generasi mapan ini untuk manfaat masyarakat bersama serta bagaimana untuk menggerakkan masyarakat bagi menyokong mereka dari aspek jagaan kesihatan, keperluan sosial dan emosional mereka.
Selain inisiatif nasional seperti Age Well SG, program komuniti seperti Santunan Emas di Masjid Al-Muttaqin dengan kerjasama Ma’een dan Pusat Penuaan Aktif Muhammadiyah kata Dr Faishal menyediakan sokongan menyeluruh – daripada bimbingan agama, aktiviti sosial hingga kesihatan fizikal.
Kehidupan Beragama dalam Masyarakat Majmuk
Fokus kedua ialah memperkukuh kehidupan beragama masyarakat Islam dalam suasana berbilang kaum.
Dr Faishal turut berkongsi tiga bidang maklum balas yang diterimanya berkaitan hal itu.
Pertama adalah mengenai keperluan untuk lebih banyak ruang solat, terutama di kawasan perumahan baharu.
"Saya telah mengumumkan lebih banyak perincian mengenai masjid-masjid baharu di Tampines North dan Tengah dan kita sedang meneroka cara untuk mempercepat pembinaan masjid-masjid ini. Kita akan meneroka bagaimana ruang-ruang solat sementara boleh disediakan sementara kerja-kerja naik taraf dan pembangunan masjid dijalankan," kata Dr Faishal.
Selain itu, Dr Faishal juga menarik perhatian terhadap keperluan melatih generasi pemimpin agama seterusnya.
Menurutnya, para asatizah memainkan peranan penting dalam membimbing masyarakat kita dan harus diiktiraf selayaknya.
"Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) mencerminkan pelaburan signifikan dalam masa depan kita dengan melengkapkan asatizah kita dengan ilmu agama yang menyeluruh dan kemahiran yang praktikal untuk berkhidmat kepada masyarakat," tambahnya lagi.
Dr Faishal juga berkata institusi-institusi agama kita mesti membangunkan keupayaan baharu untuk membimbing masyarakat dalam isu-isu kontemporari.
Fatwa-fatwa baharu mengenai teknologi makanan, kelestarian alam sekitar dan sains perubatan, menurutnya, menjadi contoh bagaimana panduan agama boleh terus kekal relevan.
Warisan, Seni dan Budaya Melayu
Tumpuan ketiga ialah melestarikan seni, budaya dan warisan Melayu sebagai sebahagian penting daripada identiti nasional.
Pembukaan semula Taman Warisan Melayu pada April tahun depan menurut Dr Faishal dijangka menjadi mercu tanda penting untuk memaparkan kisah, sumbangan dan kepelbagaian masyarakat Melayu di Singapura.
Taman Warisan Melayu dijangka akan mempamerkan lebih banyak aspek suku kaum etnik Melayu dengan tujuan menampilkan kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat Melayu/Islam.
Lebih banyak tumpuan juga akan diberikan kepada sumbangan kaum wanita terhadap pendidikan, sastera dan seni.
Ini menurut Dr Faishal adalah sebahagian daripada rancangan yang lebih besar di peringkat nasional.
"Kami mahu membangunkan Wisma Geylang Serai sebagai hab sosial, seni dan warisan budaya Singapura yang pertama di mana budaya bukan sahaja dipulihara tetapi dialami. Lembaga Warisan Negara juga sedang bekerjasama dengan masyarakat dan pihak-pihak berkepentingan di Kampong Gelam untuk mengukuhkan identiti budaya dan nilai warisannya," jelas Dr Faishal.
Tambah beliau, budaya kita harus diraikan dan dinikmati semua dan pemerintah akan terus bekerjasama untuk menyokong MESRA dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) dalam pelbagai acara untuk memulihara budaya Melayu.
Menghargai Sumbangan Perintis dan membina asas yang kukuh
Dalam ucapannya, Dr Faishal juga melahirkan penghargaannya kepada generasi perintis yang banyak menyumbang kepada pembangunan masyarakat.
"Perintis kita yang dipimpin para pemimpin Melayu seperti Yusof Ishak, Othman Wok dan Ahmad Ibrahim, bekerja keras untuk memenuhi keperluan sosial, ekonomi dan agama masyarakat kita. Mereka juga anggota penting dalam pasukan kepimpinan perintis kita - bersatu dalam visi yang sama iaitu Singapura untuk semua rakyat Singapura." kata Dr Faishal.
"Keberanian, dedikasi dan kerja yang tidak kenal erti lelah oleh para perintis kita membentuk asas yang kukuh bagi masyarakat kita untuk mencapai kemajuan, dari generasi ke generasi," tambahnya lagi.
Dengan itu, Dr Faishal berharap beliau dapat meneruskan usaha baik para pemimpin terdahulunya dan mencari cara-cara baharu serta lebih baik untuk mendekati, bekerjasama dan menyepadukan usaha-usaha agensi-agensi Melayu/Islam dan India/Islam dalam membawa masyarakat kita ke peringkat lebih tinggi.
"Matlamat kami untuk Masa Depan yang Lebih Kukuh Bersama bukanlah satu destinasi tetapi perjalanan berterusan dalam pembangunan, penyesuaian dan sokongan antara kita. Ia bukan sahaja untuk masyarakat Melayu/Islam tetapi bagi seluruh rakyat Singapura. Oleh itu, saya menyeru setiap anggota masyarakat – tidak kira umur, pekerjaan, mahupun latar belakang – untuk menyumbang kepada kejayaan kita bersama," kata Dr Faishal.
Di samping itu, beliau juga mengajak masyarakat untuk memikirkan dan teroka cara baharu bagi berkolaborasi.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.