Dr Faishal bertemu pemilik Warong Nasi Pariaman, minta rakan dari agensi pemerintah hulur bantuan untuk rancangan seterusnya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pengumuman tentang penutupan Warong Nasi Pariaman di Kandahar St pada Selasa (20 Jan) mengejutkan warga Singapura, termasuk Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Dr Faishal segera berjumpa dengan pemilik restoran itu pada malam yang sama, sejurus menerima khabar mengenai penutupan tersebut.
Dalam satu catatan di Facebooknya, Dr Faishal berkata beliau telah meminta rakan-rakan sekerja daripada pelbagai agensi Pemerintah untuk menghubungi pemilik restoran berkenaan bagi memahami bagaimana mereka boleh dibantu dalam merancang langkah seterusnya.
Beliau turut berkongsi sentimen orang ramai terhadap restoran warisan itu.
"Bagi banyak keluarga, termasuk keluarga saya sendiri, kunjungan ke Kampong Gelam sering disertai dengan singgah menjamu selera di sini. Nilai kedai-kedai seperti Warong Nasi Pariaman amat sukar dinilai dengan kata-kata," tulisnya.
Dr Faishal menambah bahawa beliau telah menyampaikan kepada pemilik restoran tersebut betapa mereka amat dihargai, serta makna besar hidangan nasi padang asli yang telah dihidangkan selama hampir 80 tahun kepada masyarakat.
Pengumuman penutupan Warong Nasi Pariaman dimuat naik di media sosial restoran tersebut pada Selasa (20 Jan).
Menurut catatan tersebut, restoran berkenaan akan berhenti beroperasi dan hari terakhirnya adalah pada 31 Januari 2026.
Bagaimanapun, tiada sebab diberikan mengenai penutupan restoran tersebut.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.