Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Balakrishnan tegaskan hubungan kukuh antara S'pura & Bahrain

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Balakrishnan tegaskan hubungan kukuh antara S'pura & Bahrain

Menteri MFA Vivian Balakrishnan mengadakan pertemuan dengan Penasihat Keselamatan Negara dan Komander Pengawal Diraja, Mejar Jeneral Shaikh Nasser Bin Hamad Al Khalifa pada 19 Mac. (Gambar: MFA)

BAHRAIN: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan mengukuhkan lagi hubungan rapat antara Singapura dan Bahrain dengan mengadakan lawatan rasmi ke negara itu pada Sabtu (19 Mac). 

Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada lawatan rasmi Dr Balakrishnan ke Timur Tengah. 

"Sebagai sebuah negara yang kecil, Singapura dan Bahrain mengongsi kepentingan bersama dalam menggalak hubungan pelbagai hala dan aturan global yang berteraskan undang-undang. 

"Kita juga saling berpegang teguh kepada prinsip kedaulatan, kebebasan politik dan integriti wilayah untuk semua negara, baik negara besar mahupun yang kecil," menurut Dr Balakrishnan dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Ehwal Luar (MFA) sebentar tadi. 

Dr Balakrishnan dan para pemimpin Bahrain turut mengadakan perbincangan yang meluas mengenai perkembangan di Asia dan Timur Tengah. 

Semasa di Bahrain, Dr Balakrishnan mengadakan pertemuan dengan Penasihat Keselamatan Negara dan Komander Pengawal Diraja, Mejar Jeneral Shaikh Nasser Bin Hamad Al Khalifa. 

Selain itu, beliau juga mengadakan pertemuan dengan Penasihat Diraja bagi Ehwal Diplomatik, Shaikh Khalid Bin Ahmed Al Khalifa serta bertemu secara berasingan dengan Menteri Ehwal Luar Dr Abdullatif Bin Rashid Al Zayani. 

Dr Balakrishnan turut melahirkan harapan agar Perjanjian Ibrahim (Abraham Accord) yang ditandatangani oleh Bahrain pada 2020 akan menyumbang secara positif kepada kestabilan dan keamanan serantau," kata Dr Balakrishnan. 

Beliau akan berlepas dari Bahrain pada Sabtu malam (19 Mac) dan melakukan lawatan ke Wilayah Palestin esok (20 Mac).

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan