Dr Balakrishnan suarakan keprihatinan SG terhadap keadaan penduduk Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan menyuarakan keprihatinan Singapura terhadap keadaan penduduk Palestin di Gaza di bawah pelaksanaan gencatan senjata yang rapuh.
Beliau menyampaikan mesej itu dalam pertemuannya dengan para pemimpin Israel di Baitulmakdis, termasuk Presiden Israel Isaac Herzog.
Mereka turut membincangkan harapan mencapai perdamaian yang berkekalan di wilayah itu.
Dr Balakrishnan turut bertemu dengan pemimpin pembangkang Israel, Yair Lapid dan para anggota parlimen yang lain.
Beliau berkata Singapura menghargai pelbagai pandangan mereka dan berharap warga Israel dan Palestin dapat hidup berdampingan secara aman dan selamat.
Beliau menambah, ia dapat mencorak semula rantau Timur Tengah dan seterusnya.
Dr Balakrishnan turut mengalu-alukan pembebasan para tebusan ke pangkuan keluarga masing-masing.
Beliau menyeru semua pihak supaya mematuhi syarat-syarat perjanjian gencatan senjata dan berusaha mencapai kesepakatan yang berkekalan.
Ini memandangkan ia boleh membuka jalan kepada permulaan pembinaan semula Gaza.

Sumber : CNA/AA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.