Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Balakrishnan buat lawatan ke New Delhi; pengerusikan bersama Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Balakrishnan buat lawatan ke New Delhi; pengerusikan bersama Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India

(Gambar: Vivian Balakrishnan/Facebook)

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, akan berada di New Delhi, India, dari Rabu (15 Jun) hingga Jumaat (17 Jun). 

Beliau akan mempengerusikan bersama Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India (SAFIMM) di New Delhi dengan Menteri Ehwal Luar India S Jaishankar pada Khamis (16 Jun) dan menyampaikan ucapan sewaktu Sesi Menteri di Dialog Delhi ke-12.

Mesyuarat itu menandakan ulang tahun ke-30 Hubungan Dialog ASEAN-India, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan media pada Rabu (15 Jun). 

Menteri-menteri berkenaan akan membincangkan cara-cara untuk memperkukuh Perkongsian Strategik ASEAN-India serta saling bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan sejagat. 

Dr Balakrishnan, bersama dengan menteri-menteri ehwal luar ASEAN yang lain dan Setiausaha Agung ASEAN Lim Jock Hoi, juga akan bertemu Perdana Menteri India Narendra Modi. 

Dr Balakrishnan, yang diiringi para pegawai MFA, juga akan mengadakan pertemuan secara berasingan dengan rakan sejawatan, Dr Jaishankar, dan menteri-menteri serta para anggota parlimen lain dari India. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan