Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Balakrishnan buat lawatan 3 hari ke M'sia dari 17-19 Mei

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Balakrishnan buat lawatan 3 hari ke M'sia dari 17-19 Mei

Encik Vivian Balakrishnan dalam satu wawancara bersama Mediacorp. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, akan melakukan lawatan tiga hari ke Malaysia bermula esok (17 Mei) hingga Khamis ini.

Menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA), lawatan itu bertujuan memperbaharui dan memperkukuh hubungan dua hala.

Dr Balakrishnan akan bertemu dengan Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan Malaysia Hishammuddin Hussein, Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah serta ahli-ahli politik seberang tambak yang lain.

Semasa lawatan yang sama, Dr Balakrishnan juga dijadual menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan