Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Balakrishnan bincang perkembangan serantau, global dengan Presiden Israel Isaac Herzog

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Mar 2022 09:54PM Dikemas Kini : 22 Mar 2022 10:04PM

SINGAPURA: Singapura dan Israel mengesahkan lagi apa yang disifatkan sebagai hubungan mendalam dan berkekalan antara kedua-dua pihak.

Ini menyusuli pertemuan Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan dengan Presiden Israel Isaac Herzog hari ini (22 Mac).

Semasa lawatan tersebut, mereka bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan serantau dan global.

Dr Balakrishnan mengalu-alukan hubungan antara rakyat kedua-dua negara yang lebih kukuh dalam dunia pasca pandemik kelak.

Beliau menarik perhatian tentang sumbangan masyarakat Yahudi di Singapura kepada pembangunan negara sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama.

Dr Balakrishnan akan meninggalkan Israel esok untuk melakukan lawatan ke Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan