Skip to main content

Singapura

Dr Balakrishnan bertemu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Johor Bahru

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan bertemu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Johor Bahru pada Khamis (3 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Balakrishnan bertemu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Johor Bahru

Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan (kiri) bertemu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Pavilion 2, Padang Polo Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 3 Sep 2026. (Gambar: Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

Diterbitkan : 03 Sep 2026 05:59PM
JOHOR BAHRU: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan bertemu Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Johor Bahru pada Khamis (3 Sep).

Pertemuan itu diadakan di Pavilion 2, Padang Polo Istana Pasir Pelangi, menurut catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon dan Konsul Jeneral Singapura di Johor Bahru Ng Kuan Hai.

Dr Balakrishnan menyandang jawatan Menteri Ehwal Luar Singapura sejak 2015.

Singapura turut mempunyai Konsulat Jeneral di Johor Bahru, yang mula beroperasi dari pejabat baharunya di The Mall, Mid Valley Southkey pada Februari lalu.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita