Dr Balakrishnan akan sampaikan Kenyataan SG di Perhimpunan Agung PBB ke-80
Lambang rasmi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di ibu pejabatnya di New York City, pada 23 Ogos 2022. (Gambar fail: REUTERS/David 'Dee' Delgado)
SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan akan menyampaikan kenyataan Singapura di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu (27 Sep).
Badan antarabangsa itu akan mengadakan rundingan peringkat tinggi selama seminggu mulai Isnin (22 September).
Dr Balakrishnan akan diiringi oleh Menteri Negara Ehwal Luar merangkap Perdagangan dan Perusahaan Gan Siow Huang.
Semasa di New York, Dr Balakrishnan dijadual menghadiri Mesyuarat Menteri Luar G20 yang kedua serta Mesyuarat Pemimpin Perikatan Negara Pulau Kecil.
Beliau juga akan menyampaikan kenyataan semasa perbahasan mengenai kecerdasan buatan (AI) serta keamanan dan keselamatan di Majlis Keselamatan PBB.
Dr Balakrishnan dengan wakil Colombia juga akan mempengerusikan bersama Mesyuarat Menteri Perikatan ASEAN-Pasifik Ke-8.
Sementara itu, Cik Gan akan mewakili Singapura di persidangan peringkat tinggi bagi mengiktiraf status Palestin sebagai sebuah negara serta mesyuarat menteri negara membangun pulau kecil (SIDS).
Beliau juga akan menghadiri acara penting mengenai topik-topik seperti tindakan iklim, hak wanita dan ekonomi mampan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.