Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Dr Balakrishan 'berjaga-jaga' pastikan isu sewa 31 Ridout Road dijalankan secara 'terbuka, bersih'

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Jul 2023 06:26PM Dikemas Kini : 03 Jul 2023 09:10PM
SINGAPURA: Berhubung penyewaan unit di 31 Ridout Road, Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan mengatakan kedua-dua beliau dan isterinya benar-benar berjaga-jaga demi memastikan semuanya dilakukan secara terbuka dan bersih.

Dr Balakrishnan menambah, mereka amat sedar bahawa pada akhirnya, pihak di hadapannya dalam soal perjanjian penyewaannya adalah Pemerintah Singapura.
"Saya perlu katakan bahawa ejen dari Colliers dan kesemua kakitangan SLA berkelakuan profesional dan dengan penuh integriti dalam kesemua pelibatan mereka dengan kami," kata Dr Balakrishnan.

"Dan kami patut berterima kasih yang kita ada kakitangan awam dan orang-orang dari sektor swasta selaku ejen-ejen kami yang berkelakuan dan membawa diri mereka ke tahap ini kerana ini mempertahankan integriti sistem kami," tambahnya.

Dr Balakrishnan menambah bahawa rumah tersebut pada awalnya berada dalam keadaan sangat rosak dan banyak kerja perlu dibuat demi menjadikan rumah tersebut sesuai didiami.

Sungguhpun begitu, keluarganya membelanjakan lebih S$200,000 bagi kerja-kerja penambahbaikan walaupun mereka tahu kos tersebut tidak dapat dikembalikan apabila tempoh penyewaan berakhir.

"Bumbungnya bocor. Lantai kayu di tingkat atas berlubang sehingga anda boleh lihat ke bawah dari tingkat atas. Tangganya pula, kayunya sudah reput. Terdapat serangan anai-anai yang besar dan itu kali pertama dalam hidup saya, saya melihat busut anai-anai dalam taman," kata Dr Balakrishnan.

"Di sekeliling hartanah itu sendiri, ada beberapa pokok besar yang sebenarnya sudah tercabut, tumbang dan merosakkan pagar. Dan tumbuhan di bawahnya tidak terjaga. Sebenarnya, kami ternampak ular di dalam dan di luar rumah," tambahnya.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan