DPPMS teroka penggunaan AI bantu perniagaan; lancar inisiatif keanggotaan baharu
Anggaran Waktu Membaca:
Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) ke-67 (Gambar: DPPMS)
SINGAPURA: Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) sedang meneroka cara-cara memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) untuk meningkatkan khidmat keanggotaan dan penglibatan digital.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif digital DPPMS, Dewan juga ingin memberikan akses kepada maklumat dan sokongan yang lebih tepat pada masanya.
Demikian antara hasil utama Mesyuarat Agung Tahunan DPPMS ke-67 pada Khamis (4 Jun) yang diumumkan DPPMS dalam satu kenyataan media.
Usaha itu termasuk menyelaraskan akses kepada perkhidmatan Dewan dan meningkatkan akses kepada dasar-dasar pemerintah, insentif serta skim sokongan perniagaan.
Presiden DPMMS, Dr Abdul Malik Hassan, berkata: "Dengan mewujudkan lebih banyak peluang untuk usahawan yang bercita-cita tinggi serta yang sedang berkembang bagi menyumbang dan mengambil bahagian secara aktif, kita dapat memperkukuh rangkaian, menggalakkan perspektif baharu, dan membina komuniti perniagaan yang lebih inklusif serta berdaya tahan," kata Dr Malik.
Perubahan-perubahan itu turut memastikan DPPMS kekal berkesan dalam menyokong keperluan perniagaan-perniagaan yang semakin berkembang.
"Seiring dengan landskap perniagaan yang terus berkembang, penting bagi DPPMS kekal inklusif dan responsif dengan memanfaatkan pengalaman dan perspektif yang pelbagai untuk memenuhi keperluan anggota dan pihak berkepentingan kami dengan lebih baik," tambah Dr Malik menerusi kenyataan media DPPMS.
DPPMS LANCAR KAD KEANGGOTAAN BAHARU, SEMAK SEMULA HARGA KEANGGOTAAN
DPPMS turut melancarkan satu kad keanggotaan yang bertujuan memperkukuhkan rangkaian anggotanya.
Ia juga akan memastikan DPPMS dapat memudahkan akses kepada manfaat-manfaat keanggotaan, perkhidmatan dan peluang rangkaian.
Menurut DPPMS, kad itu tersedia dalam bentuk fizikal dan digital.
Untuk menjadikan keanggotaan lebih mudah diakses oleh perniagaan-perniagaan, DPPMS juga mengumumkan kemas kini kepada harga keanggotaan yang mana perniagaan boleh menganggotai DPPMS pada harga $299.
PINDAAN DILULUSKAN UNTUK ANGGOTA PROFESIONAL DPPMS BERTANDING MASUK KE LEMBAGA PENGARAH
Beberapa pindaan perlembagaan telah diluluskan oleh para anggota Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) dalam usaha mempertingkat keberkesanan lembaga pengarahnya.
Di bawah pindaan itu, Anggota Profesional kini dibenarkan bertanding dalam pilihan raya Lembaga Pengarah DPPMS.
Sebelum perubahan itu, Anggota Profesional DPPMS hanya dibenarkan mengundi dan boleh dilantik, namun tidak layak untuk bertanding.
Menurut Dr Malik, pindaan itu mencerminkan komitmen Dewan untuk meraih daripada kumpulan kepakaran yang lebih luas dalam komuniti perniagaan.
"Anggota Profesional membawa kepakaran industri dan perspektif profesional berharga. Membenarkan mereka bertanding untuk pilihan raya meluaskan kepelbagaian kepakaran dalam Lembaga Pengarah dan mewujudkan lebih banyak peluang bagi pakar-pakar bidang menyumbang secara bermakna kepada DPPMS dan komuniti perniagaan," jelas beliau.
Para anggota DPPMS juga telah meluluskan beberapa pindaan yang bertujuan untuk memperkukuh kesinambungan kepimpinan.
Menurut DPPMS, sepanjang tahun lepas, Dewan tersebut telah melibatkan lebih 5,000 perniagaan melalui pelbagai inisiatif pembinaan kemahiran, bimbingan, pembiayaan dan akses pasaran.
Dewan tersebut juga memudahkan jalinan perniagaan dan peluang pelibatan luar negara bagi lebih 100 perusahaan.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.