Skip to main content

Singapura

DPPMS pertingkat program mentor bangunkan lebih ramai usahawan Melayu/Islam baru

Anggaran Waktu Membaca:
DPPMS pertingkat program mentor  bangunkan lebih ramai usahawan Melayu/Islam baru
Diterbitkan : 23 Apr 2023 07:14PM
SINGAPURA: Anggota masyarakat Melayu/Islam yang berjiwa niaga, bakal mendapat sokongan dari sudut keusahawanan.

Ini selepas Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) melancarkan lebih banyak program pementoran bersasar, terutama dalam sektor yang semakin berkembang seperti pendigitalan dan kemampanan.

Untuk membantu firma dan pemilik perniagaan baru mengubah minda keusahawanan mereka, DPPMS menganjurkan lebih banyak rangkaian dan program bimbingan.

Selain daripada sokongan sebegitu, mereka yang ingin menjadi usahawan juga bakal mendapat tempat tersendiri.

Pusat beli-belah ikonik Tanjong Katong Complex bakal diubah suai untuk mewujudkan lebih banyak ruang bagi perniagaan baru dan syarikat pemula untuk membuka kedai masing-masing.

Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk menyuntik kesegaran di bawah projek Jalur Budaya Geylang Serai.

Bagi syarikat pendidikan di luar bilik darjah, Let's Learn Outside, program pementoran bersasar DPPMS adalah sesuatu yang amat dialu-alukan.

Pengasas syarikat itu, Nadiah Yusoff dan Muhammad Kamit percaya terdapat peluang untuk melebarkan sayap mereka ke luar negara.

Ini memandangkan pasaran pendidikan awal kanak-kanak di Singapura terhad.

Namun begitu, mereka mendapati adalah sukar untuk mencari tempat yang sesuai.

"Daripada perbincangan yang telah kami lakukan dengan orang di luar negara, sistem pendidikan di sana mungkin tidak benar-benar menyokong industri prasekolah di negara itu.

"Mereka perlu mencari wang dan semua itu. Jadi dalam erti kata, ia bukan pasaran sedia, kita benar-benar perlu mencari pasaran yang sudah sedia dengan wang dan bajet untuk mendapatkan program," kata Cik Nadiah.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita