Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPPMS lantik Muhammad Saripi sebagai Ketua Eksekutif baharu

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) mengumumkan pelantikan Muhammad Bin Saripi sebagai Ketua Eksekutif baharu, berkuat kuasa 1 Oktober 2024.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) mengumumkan pelantikan Muhammad Bin Saripi sebagai Ketua Eksekutif baharu, berkuat kuasa 1 Oktober 2024.

Menurut Presiden DPPMS Abu Bakar Mohd Nor, pelantikan Encik Muhammad mencerminkan komitmen pertubuhan itu untuk terus merangsang pertumbuhan dan daya inovasi, sedang ia memperluaskan keupayaan dan jangkauannya.

Di bawah pucuk kepimpinan Encik Muhammad dan Sekretariat DPPMS yang dipertingkatkan, DPPMS yakin ia berupaya menambah lebih nilai kepada anggota-anggota DPPMS, rakan-rakan kongsinya dan masyarakat.

Menurut Presiden DPPMS itu lagi, pengalaman luas Encik Muhammad, yang dijangka akan menyuntik perspektif baharu, dengan rangkaiannya yang kukuh bersama pertubuhan-pertubuhan Melayu/Islam dan agensi-agensi awam akan memacu DPPMS ke tahap yang lebih tinggi lagi.
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan