DPPMS buka pejabat kedua di Grantral Mall, perluas ruang kolaborasi dan sokongan ahli
Anggaran Waktu Membaca:
- DPPMS melancarkan pejabat kedua di Gantral Mall pada 15 April untuk menyediakan ruang kolaboratif dan peluang kepada ahli perniagaan Melayu Singapura.
- Pejabat ini menawarkan kemudahan hot desking, bilik mesyuarat, serta ruang pameran produk, menggantikan pejabat lama di Onan Road, manakala pejabat di Jalan Pinang dikekalkan.
- Kad keahlian baharu turut diperkenalkan bagi memudahkan akses kepada program, rangkaian dan peluang dalam ekosistem DPPMS.
- Acara pelancaran yang dihadiri lebih 100 ahli dan tetamu termasuk Zaqy Mohamad, menekankan pentingnya memanfaatkan sokongan, teknologi dan peluang dalam menghadapi cabaran perniagaan semasa.
SINGAPURA: Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) melancarkan pembukaan pejabat keduanya di Gantral Mall pada Rabu (15 Apr).
Pejabat sebesar 1,829 kaki persegi itu bertujuan sebagai ruang bagi menyokong penglibatan perniagaan melalui acara, kemudahan 'hot desking' serta peluang pameran produk khusus untuk para ahli DPPMS.
Menurut Presiden DPPMS, Dr Abdul Malik Hassan, kemudahan tersebut turut menyediakan platform bagi perniagaan berhubung dengan rakan kongsi berpotensi, dan mengukuhkan kehadiran dalam persekitaran yang lebih kolaboratif.
"Objektif kami adalah untuk menolong ahli-ahli kami dan komuniti kami untuk mendapatkan peluang untuk mempunyai ruang pejabat kongsi mereka sendiri supaya mereka boleh memperbaiki dalam bidang perniagaan mereka," kata Dr Malik.
"Kami adakan ruang kongsi dan bilik mesyuarat yang dahulunya tidak ada untuk ahli-ahli kami, serta tempat-tempat untuk menampilkan produk-produk mereka," tambah Dr Malik.

Menurut Dr Malik, dengan pembukaan pejabat baharu ini, pejabat DPPMS yang terletak di Onan Road akan ditutup, manakala pejabat yang terletak di Jalan Pinang akan tetap dikekalkan.
"Pejabat pertama kami yang terletak di Jalan Pinang digunakan terutamanya untuk CEO dan bilik mesyuarat sahaja. Manakala ruang di tingkat atas berfungsi sebagai pusat komuniti," kongsi Dr Malik.
"Di lokasi ini pula, dengan ruang yang lebih luas, selain menyediakan kemudahan pejabat perkongsian (co-sharing), kami juga boleh menganjurkan pelbagai acara untuk ahli. Sejak dibuka dua bulan yang lalu, kami telah berjaya menganjurkan beberapa acara untuk ahli," tambahnya lagi.
Selain itu, DPPMS turut mengumumkan pelancaran kad keahlian baharu, satu inisiatif untuk meningkatkan penglibatan dan akses ahli dalam ekosistem Dewan.
Kad keahlian ini, yang tersedia dalam format fizikal dan digital, akan membolehkan perniagaan mengakses program, rangkaian, dan peluang di DPPMS dengan lebih lancar lagi.
PEMBUKAAN RUANG BAHARU DAPAT SAMBUTAN BAIK, AHLI DPPMS HARAPKAN LEBIH PELUANG
Antara mereka yang hadir dalam acara siang tadi ialah pemilik Bored Tacos, Ahmad Adam.
Dengan adanya ruang baharu yang menyediakan peluang bagi berkongsi pengalaman bersama ahli-ahli yang lain, beliau harap ia akan membuka ruang untuk mengongsikan pengalaman.

"Kami berharap dapat memperoleh lebih banyak peluang bimbingan. Seiring dengan masa, apabila ahli sedia ada semakin berpengalaman, akan ada juga ahli baharu yang menyertai," kata Encik Adam.
"Ini membuka ruang untuk kita saling membantu dan berkongsi cabaran, khususnya dalam industri makanan dan minuman," tambahnya lagi.
AMBIL PELUANG DALAM KRISIS, GUNAKAN SOKONGAN YANG DISEDIAKAN
Di dalam acara tersebut juga, Tetamu Kehormat, Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran Zaqy Mohamad yang juga Penaung SMCCI, menyeru para peniaga untuk mengambil peluang dalam keadaan global yang semakin tidak menentu.

"Dalam setiap krisis ada peluang. Bukan peluang yang datang bergolek, tetapi peluang yang menanti mereka yang berani, yang berdisiplin, dan yang sanggup bergerak ke hadapan walaupun keadaan tidak sempurna. Gunakan sokongan yang ada," kata Encik Zaqy.
"Geran, pembiayaan, program latihan. Semua ini ada untuk kita. Jangan biarkan ia terlepas begitu sahaja. Perkukuhkan keupayaan perniagaan kita. Bukan sahaja untuk bertahan, tetapi untuk menjadi lebih kukuh daripada sebelumnya. Tingkatkan kecekapan. Kurangkan pembaziran," katanya lagi.
Beliau turut menyarankan agar para peniaga memanfaatkan teknologi yang ada termasuk Kecerdasan Buatan (AI), automasi, atau sekadar langkah mudah seperti pendigitalan proses harian mereka.
Acara tersebut yang juga merupakan sambutan Hari Raya 'Makan dan Mesra Raya 2026', menghimpunkan lebih 100 ahli, rakan kongsi dan pihak berkepentingan.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.