Skip to main content

Singapura

DPM Wong ucap selamat menyambut Ramadan; ajak bukan Muslim sama-sama buka puasa

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam Singapura dan mengajak masyarakat bukan Muslim untuk "sama-sama berbuka puasa dan rakan-rakan Muslim".

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam Singapura dan mengajak masyarakat bukan Muslim untuk "sama-sama berbuka puasa dan rakan-rakan Muslim".

DPM Wong berkata demikian menerusi rakaman video yang dimuat naik ke Facebook dan Instagram pada Isnin (11 Mac).

Ucapan beliau berbunyi: "Malam ini bermulanya bulan suci Ramadan. Jadi saya mengharapkan Ramadan yang diberkati untuk semua Muslim di Singapura," kata Encik Wong.

Beliau turut mengajak masyarakat bukan Muslim untuk sama-sama berbuka puasa dengan rakan-rakan Muslim dan meneroka bazar Ramadan jika mereka berpeluang melakukan demikian.

"Kepada semua umat Islam di Singapura selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat berpuasa. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna untuk anda semua," tambah beliau.
Sumber : BERITA Mediacorp/NK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita