Skip to main content

Singapura

DPM Wong, PM Modi teroka bidang kerjasama baru

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India Narendra Modi pada Isnin (19 Sep) dan kedua-dua pemimpin membincangkan bidang-bidang kerjasama baru antara kedua-dua negara.

Lawatan Encik Wong selama lima hari ke India merupakan lawatan rasmi pertama beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Encik Wong mengatakan dalam laman media sosial bahawa beliau bertemu dengan Encik Modi bersama dengan Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong.

Mereka mengadakan "perbincangan yang sangat baik" mengenai bidang-bidang kerjasama baru seperti hidrogen hijau, tenaga suria, teknologi kewangan (fintech) dan pautan data.

"India adalah rakan strategik penting buat Singapura, merangkumi banyak sektor," kata Encik Wong.

Encik Wong juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Modi atas sokongan beliau dan berbesar hati melihat rentak hubungan dua hala antara Singapura dan India meningkat dengan ketara sedang keadaan pandemik bertambah baik.

"Saya juga berharap untuk menyambung semula Hackathon Singapura-India yang terjejas dek COVID-19 untuk membina jambatan antara bakat muda kita," tambah beliau.

Pada Sabtu (17 Sep), Encik Wong menghadiri rundingan Meja Bulat Menteri India-Singapura (ISMR) yang diadakan buat julung-julung kalinya di New Delhi.

Program baru itu bermatlamat untuk mempertingkatkan kerjasama sedia ada antara kedua-dua negara dan mengenal pasti peluang kerjasama yang saling menguntungkan dalam bidang baru dan baru muncul.

Pada Ahad (18 Sep), Encik Wong turut menyaksikan pemeteraian kerjasama antara Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Penguasa Pusat Khidmat Kewangan Antarabangsa India (IFSCA) untuk memudahkan kerjasama dan perkongsian kawal selia fintech.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita