DPM Wong lakukan lawatan ke Brunei, julung kali pengerusikan bersama Program Pemimpin Muda SG-Brunei
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong akan mempengerusikan bersama Program Pemimpin Muda Singapura-Brunei untuk pertama kalinya.
Para pemimpin generasi berikutnya dari kedua-dua negara mengadakan lawatan seperti itu setiap tahun untuk mengukuhkan hubungan dua hala.
Lawatan Encik Wong ke Brunei bermula pada Isnin (11 Dis)hingga Khamis dengan disertai lima penyandang jawatan politik.
DPM mempengerusikan program itu dengan Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah, yang juga seorang menteri kanan.
Selain tunggak kerjasama yang telah terjalin sekian lama, pemimpin dari kedua-dua negara akan membincang juga bidang-bidang baharu seperti ekonomi hijau.
Di samping itu, DPM Wong akan menyampaikan ceramah khas mengenai hubungan Singapura-Brunei yang bertahan lama kepada para hadirin yang termasuk para pegawai kanan dan ahli akademik.
Singapura dan Brunei meraikan ulang tahun hubungan diplomatik yang ke-40, tahun depan.

Sumber : CNA/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.