Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Wong ke Jepun bagi hadiri mesyuarat G7 menteri kewangan, gabenor bank pusat

Anggaran Waktu Membaca:
DPM Wong ke Jepun bagi hadiri mesyuarat G7 menteri kewangan, gabenor bank pusat

Para pekerja memasang papan tanda pada 10 Mei 2023, berhampiran tempat di mana bakal berlangsung Mesyuarat Menteri-menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat G7 di Nigiita, Jepun. (Gambar: AFP)

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong akan mengadakan lawatan ke Jepun untuk menghadiri mesyuarat bersama menteri-menteri kewangan G7 dan gabenor bank pusat.

Encik Wong yang merupakan Menteri Kewangan Singapura akan berada di Niigata sehingga Sabtu ini (13 Mei).

Singapura merupakan salah satu daripada enam negara bukan anggota kumpulan G7 yang diundang ke mesyuarat berkenaan.

Demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF) hari ini (11 Mei).

Negara-negara lain yang diundang ke mesyuarat itu termasuk Brazil, Comoros, India, Indonesia dan Korea Selatan.

Di mesyuarat itu, mereka akan membincangkan cara-cara untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi dan kewangan, antara pasaran baru dan ekonomi-ekonomi maju.

Semasa lawatannya, Encik Wong akan diiringi para pegawai MOF.

Jepun selaku Pengerusi G7 tahun ini akan menjadi tuan rumah sidang puncak kumpulan itu di Hiroshima pada 19 hingga 21 Mei.
 
Sumber : CNA/HA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan