Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

DPM Wong hargai dedikasi pasukan MUIS sokong masyarakat Islam melalui pandemik COVID-19

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong melahirkan penghargaan beliau kepada pasukan dari Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) atas dedikasi mereka menyokong masyarakat Islam melalui pandemik COVID-19.
 

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong melahirkan penghargaan beliau kepada pasukan dari Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) atas dedikasi mereka menyokong masyarakat Islam melalui pandemik COVID-19.

DPM Wong berkata demikian dalam satu catatan di Facebook, selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Alkaff Upper Serangoon pada Selasa (4 Apr).

Majlis iftar itu adalah yang pertama daripada tiga sesi berbuka puasa di masjid-masjid tempatan anjuran MUIS.
(Gambar: MCI)
Sebelum waktu berbuka puasa, DPM Wong diberi taklimat oleh Pengerusi Masjid, Encik Azhar Khalid, tentang warisan dan sejarah Masjid Alkaff yang diwartakan sebagai monumen negara yang ke-68.

"Saya juga sempat berbual mesra dengan sukarelawan masjid dan ahli lembaga pentadbir masjid. Mereka sedang mempergiatkan usaha untuk membuat perubahan dalam masyarakat menerusi pelbagai program, seperti Ustaz Mohaimin Tokyan, yang telah mengajar kelas mengaji Al-Quran Braille mingguan kepada pelajar cacat penglihatan di Persatuan Belia Orang Kurang Upaya Bedok," kata DPM Wong.

Majlis iftar tersebut turut dihadiri kira-kira 300 tetamu termasuk Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli, para pemimpin masyarakat, akar umbi serta relawan masjid.

"Kepada semua rakan-rakan Islam, saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan yang penuh barakah. Semoga bulan yang mulia ini membawa ketenangan dan kebahagiaan kepada semua," tambah beliau.

Majlis berbuka puasa anjuran MUIS dengan kerjasama masjid-masjid tempatan yang seterusnya akan diadakan pada Khamis ini (6 Apr) di Masjid Al-Khair.
Sumber : BERITA Mediacorp/HK/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan